Masa lunch tengah hari tadi, partner aku, Stev, ada share satu cerita.
Ceritanya macam ni…
Ada seorang lelaki tengah lemas di laut. Dalam keadaan dia tengah bergelut nak selamatkan diri, datang sebuah bot penyelamat nak bantu dia.
Tapi dia jawab,
“Tak apa. Saya dah berdoa. Saya tengah tunggu pertolongan daripada Tuhan.”
Bot tu pun berlalu pergi.
Beberapa minit kemudian, datang pula sebuah helikopter penyelamat.
Jawapan dia masih sama.
“Tak apa. Saya dah berdoa. Saya tengah tunggu pertolongan daripada Tuhan.”
Helikopter tu pun berlalu pergi.
Tak lama lepas tu, dia dah terlalu penat…
Akhirnya dia mati lemas.
Selepas itu, dia mempersoalkan kenapa doanya tidak dimakbulkan.
Lalu dia diberitahu bahawa peluang untuk menyelamatkan dirinya sebenarnya sudah datang, tetapi dia sendiri memilih untuk tidak mengambilnya.
Sudah tentu ini cuma cerita rekaan. Jangan lurus sangat.
Tapi kalau kita nak ambil pengajaran daripada cerita ni…
Berapa kali sehari kita berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dan dibukakan jalan keluar daripada masalah?
Kalau solat lima waktu penuh, paling kurang lima kali sehari kita berdoa.
Tetapi bila bantuan itu datang…
Selalunya ia tak datang dengan label besar tulis, “Inilah jawapan kepada doa anda.”
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk peluang.
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk ilmu.
Kadang-kadang ia datang dalam bentuk seseorang yang Allah hadirkan dalam hidup kita.
Petang tadi pula aku jumpa seorang klien yang dah hampir 7 tahun bersama aku.
Macam biasa, kami update perkembangan masing-masing dan bincang pasal perancangan seterusnya.
Bila aku cerita anekdot tadi, dia terus teringat macam mana semuanya bermula.
Tujuh tahun lepas…
Dia baru kena buang kerja.
Gaji kerja baru lebih rendah daripada kerja lama.
Cashflow defisit hampir RM3,000 sebulan.
Simpanan pula makin nak habis.
Memang dah buntu.
Masa tu, isteri dia ternampak satu posting daripada salah seorang klien aku yang berkongsi pengalaman menjadi klien perancangan kewangan.
Isteri dia pun mesej klien tersebut dan tanya macam mana pengalaman dia.
Jawapan yang dia dapat ringkas saja.
“Hubungi Rafiq.”
Siap bagi nombor telefon aku.
Masa tu isteri dia duduk di Kerteh, suami pula bekerja di Kuala Lumpur.
Jadi isteri dia suruh suami datang jumpa aku.
Hakikatnya…
Masa tu dia boleh saja tak datang.
Boleh saja kata nanti dulu.
Boleh saja cari jalan lain.
Atau terus berharap keadaan akan berubah dengan sendiri.
Tapi dia ambil tindakan.
Hari ini, hampir 7 tahun kemudian…
Simpanan tunai keluarga mereka dah melebihi RM600,000.
Setiap bulan mereka mampu menyimpan sekitar RM6,000 hingga RM7,000.
Net worth suami dan isteri masing-masing dah melepasi RM1 juta.
Dan berdasarkan unjuran semasa, menjelang umur 55 tahun, gabungan net worth mereka dianggarkan boleh mencecah sekitar RM12 juta.
Bila aku tanya dia,
“Kalau tujuh tahun lepas, ada orang cakap keadaan kewangan kau akan jadi macam ni, kau percaya tak?”
Dia terus senyum.
Katanya, masa tu dia bukan fikir nak jadi jutawan.
Dia cuma fikir macam mana nak survive bulan depan.
Bezanya…
Dia ambil tindakan bila peluang itu datang.
Kita semua berdoa.
Tetapi doa bukan bermaksud kita hanya menunggu.
Bila Allah buka satu jalan, hadirkan seseorang, atau beri satu peluang…
Kita juga perlu melangkah.
Sebab kadang-kadang, perubahan besar dalam hidup bukan bermula dengan keajaiban.
Ia bermula dengan satu keputusan untuk bertindak.
