Sekarang ni memang ramai orang tengah mencari idea macam mana nak kurangkan perbelanjaan bulanan sebab kos sara hidup makin naik.
Korang boleh go thru checklist ni untuk tengok mana benda yang kena dengan situasi korang sekarang dan ambik lah langkah2 yang sepatutnya.
1. Hutang
Kalau ikut data, ni bahagian paling besar dalam kebanyakan perbelanjaan bulanan kita. Hutang rumah, kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, BNPL, ar rahnu dan macam2 lagi.
Boleh cuba debt consolidation, snowball, avalanche, balance transfer, debt negotiation etc untuk kurangkan bayaran bulanan.
Penjimatan akan banyak kalau berjaya buat benda ni.
2. Subscription
Netflix, Astro, iTunes dan macam2 lagi. Check balik semua subscription korang. Nampak setiap satu tu sedikit, tapi kalau campur2 boleh jadi banyak juga.
Kadang2 kita terlupa kita masih bayar benda yang dah lama tak guna.
Kalau ada yang tak pakai tu, boleh terminate dulu. Kalau banyak subscription, RM50 ke atas pun dah boleh jimat setiap bulan.
3. Utiliti
Paling senang tengok bil elektrik dengan internet. Air biasanya tak mahal sangat.
Tutup suis yang tak guna, setting aircond 25°C, atau kurangkan penggunaan aircond kalau boleh.
Internet pula kalau dah habis contract, cuba survey plan yang lebih murah. Ada orang temporary guna hotspot/data plan dulu untuk jimat.
Kalau ada duit lebih, boleh explore beli perkakas yang jimat elektrik ataupun install solar dekat rumah.
Berdasarkan bil semasa, ada yang boleh jimat RM100 lebih sebulan dekat sini.
4. Coway, Cuckoo etc
Kalau dah habis contract tapi masih menyewa bulan2, ni pun antara benda yang boleh dipertimbangkan untuk stop sementara waktu kalau nak kurangkan komitmen bulanan.
Kadang2 bila campur water filter, vacuum, air purifier dan macam2 appliance lain, boleh cecah RM200–300 sebulan.
5. Grab, Foodpanda etc
Ni ramai underestimate.
Bila dah campur delivery fee, service charge, markup harga makanan dan impulse order, kos makan boleh naik banyak.
Stop guna ni pun kadang2 boleh jimat 30–40% kos makan bulanan walaupun masih makan luar.
Kalau campur meal prep atau masak sendiri, lagi besar penjimatan dia.
6. Kurangkan lifestyle leakage
Kalau sebelum ni hari2 naik kereta pergi kerja, boleh explore pengangkutan awam.
Minyak, tol, parking dan maintenance semua makin mahal.
Groceries pun sama. Kalau biasa beli dekat tempat premium, sekali sekala cuba compare dengan pasaraya yang lebih murah.
Bukan maksud kena hidup susah.
Cuma kena bezakan antara:
benda yang kita perlukan
dengan benda yang kita dah terbiasa beli
7. Takaful / insurance
Aku letak last sebab ni sensitif sikit.
Ramai orang bila nak berjimat, benda pertama yang dipotong terus ialah perlindungan.
Padahal bila berlaku kecemasan, medical card dan income protection lah yang selalunya selamatkan kewangan kita dari hancur.
Jadi sebelum terminate mana2 polisi:
semak dulu coverage
tengok sama ada ada overlap
tengok kalau boleh downgrade atau restructure
pastikan perlindungan asas masih cukup
Kadang2 boleh jimat tanpa perlu buang semua perlindungan.
Realitinya, nak kurangkan perbelanjaan bukan semata2 “ikat perut”.
Yang paling penting sebenarnya:
kenal pasti kebocoran duit
bezakan keperluan vs kehendak
dan pastikan lifestyle kita seiring dengan kemampuan semasa
Sebab kadang2 bukan kita tak cukup duit.
Cuma terlalu banyak komitmen kecil yang terkumpul jadi besar setiap bulan.
