rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kalau ada RM 800,000 dalam ASB, boleh enjoy retire dengan RM 40,000 setahun”

Nampak menarik kan?

Perancangan persaraan made simple.

Tapi realiti dia sebenarnya tak semudah tu. Banyak benda kena jadi sebelum dan selepas persaraan supaya realiti persaraan yang kita idamkan tu betul-betul tercapai.

Soalan 1 — Macam mana nak kumpul RM 800,000?

Memanglah kalau letak RM 800,000 dalam ASB dengan assumption pulangan 5% setahun, kita boleh dapat sekitar RM 40,000 setahun dividend.

Tapi isu pertama yang semua orang akan hadapi ialah:

Macam mana nak kumpul RM 800,000 tu dulu?

Kalau simpan RM 500 sebulan dalam ASB dari umur 25 sampai 60 tahun dengan pulangan 5% setahun, baru dapat sekitar RM 556,000.

Kalau nak cukup RM 800,000 pada umur 60 tahun, kena simpan sekitar RM 720 sebulan dari umur 25 tahun.

Atau kalau nak nampak “ringan”, kena mula simpan sekitar RM 185 sebulan dari lahir sampai umur 60 tahun.

Dalam semua senario ni, kena ada duit lebih untuk disimpan secara konsisten.

Sebab tu untuk ramai orang, jalan paling “automatik” sebenarnya ialah EPF.

Kalau kerja makan gaji dengan gaji permulaan RM 1,800 dan kenaikan 3% setahun, ada potensi capai sekitar RM 800,000 dalam EPF pada umur 60 tahun — dengan syarat tak kacau langsung Akaun 2 & 3 sepanjang tempoh bekerja.

Persoalannya…

Berapa ramai yang betul-betul mampu tak sentuh langsung duit EPF?

Soalan 2 — Cukup ke RM 800,000 tu sebenarnya?

Ikut kiraan tadi, RM 40,000 setahun bersamaan lebih kurang RM 3,333 sebulan.

Nampak macam okay.

Tapi kalau inflasi purata 3% setahun selama 35 tahun bekerja, nilai kuasa beli RM 3,333 tu bersamaan lebih kurang RM 1,167 hari ini.

Cuba fikir.

Kalau sekarang korang dan pasangan dah takde hutang langsung, cukup tak hidup dengan RM 1,167 sebulan sambil nak enjoy retirement?

Nak minum kopi.

Nak jalan-jalan.

Nak shopping sikit.

Nak makan sedap sekali-sekala.

Belum campur bil utiliti, kos kesihatan dan kos hidup yang makin naik.

Nasib baik ASB sekarang kira zakat berdasarkan dividend sahaja. Kalau tidak, lagi besar komitmen tahunan.

Dan kalau kita keluarkan jumlah yang sama setiap tahun tanpa tingkatkan pendapatan, purchasing power kita akan terus menurun.

Maksudnya setiap tahun, semakin kurang benda yang kita mampu beli.

Soalan 3 — Macam mana kalau ada perbelanjaan besar?

Contoh:

– Repair rumah

– Repair kereta

– Kos rawatan

– Bayar yuran universiti anak

– Pergi Haji

– Kos kahwin anak

Setiap RM yang dikeluarkan daripada modal asal akan kurangkan lagi dividend masa depan.

Bila modal makin kecil, pendapatan pasif pun makin kecil.

Jadi “RM 40,000 setahun selamanya” tu sebenarnya belum tentu kekal.

Soalan 4 — Kalau masih ada hutang?

Ramai orang umur persaraan masih ada baki hutang rumah.

Ada yang masih tanggung anak belajar.

Ada yang masih bantu ibu bapa.

Ada yang masih jadi sandwich generation.

Jadi cukup ke RM 3,333 sebulan tu kalau masih ada komitmen?

Aku bukan nak cakap strategi ni tak boleh buat.

Boleh.

Tapi perancangan persaraan bukan sesimple:

“Cukup ada RM 800,000, settle.”

Persaraan bukan sekadar angka.

Ia tentang:

– cashflow,

– inflasi,

– gaya hidup,

– kesihatan,

– tanggungan,

– dan kemampuan sustain kehidupan selama 20–30 tahun selepas berhenti kerja.

Kalau semudah itu, kita takkan nampak ramai orang masih struggle walaupun ada simpanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *