rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kalau tak tanya, jawapannya akan sentiasa jadi tidak.”

Konsep hidup aku senang je. Kalau aku nak apa-apa, aku akan tanya atau buat. Sebab kalau aku tak tanya, jawapannya memang akan sentiasa jadi “tak”. Kalau aku tak ambik tindakan pun, benda tu tetap takkan berubah.

Hari tu aku tengok satu video. Dalam video tu dia cakap:

“There is no such thing as a great idea.”

Lepas tu dia cerita pasal dia dengan kawan-kawan dia pernah sembang pasal satu idea. Diaorang fikir, kalau ada gadget yang membolehkan orang ambik gambar guna phone dari jauh tanpa perlu minta tolong orang lain, mesti ramai nak guna.

Tapi diaorang tak buat apa-apa.

Setahun dua lepas tu, muncul selfie stick.

Idea yang diaorang pernah fikir tu terkubur macam tu je sebab berhenti dekat tahap “berfikir”, tapi tak bertindak.

Dan sebenarnya ramai orang macam tu.

Ramai ada idea. Ramai ada impian. Ramai tahu apa yang patut dibuat.

Tapi kebanyakan berhenti dekat kepala sendiri sebab takut gagal, takut rugi, takut orang kata bukan-bukan, takut keluar comfort zone.

Padahal kadang-kadang, satu tindakan kecil tu boleh ubah hidup kita jauh lebih besar daripada apa yang kita sangka.

Macam kes Yuna dulu. Siapa sangka orang yang pernah kena reject dekat One in a Million boleh jadi artis yang dikenali sampai ke luar negara?

Kalau dia berhenti dekat rejection tu, mungkin orang takkan kenal siapa dia hari ni.

Sama juga dalam kewangan.

Ada seorang klien aku ni, aku dah kenal personally lebih 20 tahun. Lepas PKP hari tu, dia ajak jumpa sebab dia nak tahu lebih lanjut pasal servis financial planning.

Lepas explain semua, dia decide untuk proceed sebab dia nak uruskan kewangan dia dengan lebih baik.

Hari Khamis lepas aku present financial plan tahun ke-5 dia.

Aku bagitau dekat dia, sejak engage aku selama 4 tahun ni, semua financial goals dia sekarang on track.

Padahal masa mula dulu, projection retirement fund dia cuma sekitar RM1.9 juta sahaja.

Sekarang?

Projection retirement dia dalam 4 tahun ni dah naik hampir ke RM3.9 juta. Lebih RM600k daripada apa yang dia perlukan bila umur 55 tahun nanti.

Apa yang dia buat sebenarnya?

Bukan magic. Bukan sebab gaji dia naik mendadak pun.

Malah dia sendiri selalu komplen pasal company dia sebab gaji stagnant beberapa tahun ni.

Tapi bezanya, bila dah faham risiko, pros and cons semua… dia bertindak.

buat PRS setiap tahun — ikut

keluarkan duit Akaun 1 untuk investment — ikut

refinance rumah untuk consolidate hutang — ikut

simpan duit setiap bulan untuk investment — ikut

diversify investment dalam aset lain — ikut

Benda-benda ni nampak kecil bila buat setahun. Tapi bila konsisten buat selama bertahun-tahun, hasil dia boleh ubah keseluruhan masa depan seseorang.

Kadang-kadang hidup kita tak berubah bukan sebab tak mampu.

Tapi sebab kita terlalu lama tunggu “masa yang sesuai”, sampai akhirnya langsung tak mula apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *