rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Semalam ada jumpa satu prospect, ada klien refer. Orangnya muda lagi, baru umur 30 tahun.

Dia sebelum ni kerja makan gaji (9-5), tapi pada masa yang sama buat bisnes luar waktu kerja.

Dia nak jumpa sebab kawan dia (klien saya) ada cerita pasal journey dia sebagai seorang business owner. Dulu pernah ada sampai 6 syarikat, tapi semuanya tak profit. Hari ni tinggal satu syarikat sahaja, tapi alhamdulillah tiap-tiap bulan boleh settle komitmen, hidup pun lebih tenang.

Masa sesi tu, dia cerita pasal keadaan dia sekarang.

Sebenarnya dari bulan 4 hari tu dia kena terminate kerja. Bukan dia seorang, tapi satu syarikat kena terminate sebab company nak file bankruptcy.

Dia cakap bisnes dia sebenarnya ok. Income dari bisnes boleh bagi dia duit belanja sekitar RM5k–RM6k sebulan. Dan memang asalnya dia dah ada plan nak berhenti kerja hujung tahun ni untuk fokus sepenuhnya pada bisnes.

Tapi lepas kena terminate, dia jadi ragu-ragu.

Dia tanya saya,

“En Rafiq, saya muda lagi… patut ke saya cari kerja balik? Sebab kalau ada kerja, ada income stabil. Duit bisnes boleh jadi duit lebih tiap-tiap bulan.”

Saya pun terkedu kejap.

Saya tanya dia balik,

“Bukankah awak memang dah plan nak berhenti kerja hujung tahun ni? Jadi apa beza kalau sekarang awak teruskan plan tu 5–6 bulan lebih awal?”

Dia terus diam.

Saya sambung lagi.

Kadang-kadang bila sesuatu tak jadi ikut perancangan, kita terus rasa panik sebab kita terlalu attach dengan plan asal kita. Padahal mungkin itu sebenarnya turning point yang Allah nak tunjuk dekat kita.

Bukan semua benda yang nampak “selamat” tu sebenarnya terbaik untuk kita. Dan bukan semua benda yang nampak “menakutkan” tu sebenarnya buruk untuk masa depan kita.

Saya tanya dia lagi.

“Apa sebenarnya awak nak capai?”

Dia jawab,

“Saya nak capai financial freedom.”

Saya tanya lagi,

“Apa definisi financial freedom untuk awak?”

Dia jawab,

“Saya boleh beli apa saja yang saya nak.”

Saya cakap dekat dia,

“Definisi tu terlalu umum. Awak nak beli apa sebenarnya? Kapal terbang? Kapal layar?”

Dia gelak kecil.

Lepas tu dia jawab balik,

“Saya cuma nak ada aset yang cukup supaya saya tak perlu kerja.”

Dekat situ baru nampak isu sebenar.

Ramai orang sebenarnya bukan tak rajin.

Bukan tak berusaha.

Bukan tak berani ambik risiko.

Tapi ramai tak jelas apa sebenarnya yang dia nak capai dalam hidup.

Bila matlamat tak jelas, semua keputusan jadi kabur.

Tak tahu nak fokus bisnes atau kerja.

Tak tahu income sekarang cukup atau tak.

Tak tahu bila boleh berhenti kerja.

Tak tahu berapa banyak sebenarnya yang diperlukan untuk hidup tenang.

Sebab tu saya bagitau dia, sebelum fikir nak kerja atau fokus bisnes, awak kena jelas dulu beberapa benda asas:

* Awak nak hidup macam mana sebenarnya?

* Berapa perbelanjaan bulanan yang awak perlukan?

* Awak nak kerja sampai umur berapa?

* Awak sanggup hadap risiko macam mana?

* Awak nak kebebasan masa, atau awak cuma nak nampak “berjaya”?

Sebab “financial freedom” tanpa angka dan matlamat yang jelas hanyalah satu slogan.

Dan kadang-kadang, bila kita terlalu obses nak cepat bebas kewangan, kita sebenarnya tengah lari daripada sesuatu… bukan menuju sesuatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *