rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Beli benda sebab servis yang bagus

Baru-baru ni washing machine Panasonic aku ada problem. Sebenarnya dah kali keempat ada isu sejak beli beberapa tahun lepas.

Setiap kali rosak, Panasonic akan assign technician yang sama. Dari kali pertama dia datang servis lagi aku dah rasa stress. Normal lah pattern dia — mesej tak respon, call tak angkat, cakap nak datang tapi tak datang. Jadi kerja aku pula kena tunggu satu hari macam tak ada benda lain nak buat.

Akhirnya aku buat keputusan tukar washing machine kepada Electrolux.

Kenapa?

Sebab technician Electrolux yang pernah datang servis dryer aku sebelum ni sangat bagus. Aku dah liaise dengan dia lebih dari 10 tahun. Responsive, senang communicate, dan setakat ni semua masalah berjaya settle.

Jadi untuk aku, logiknya mudah. Kalau dah jumpa technician yang boleh dipercayai, lebih baik kekal dengan brand yang sama.

Benda yang sama juga dengan kereta.

Sebab utama aku pakai Perodua sebenarnya bukan sangat pasal kereta tu sendiri, tapi sebab aku puas hati dengan servis centre dekat USJ 19 sejak tahun 2006. Disebabkan pengalaman servis yang bagus, semua kereta aku akhirnya jadi Perodua.

Masa aku nak beli Aruz yang aku pakai sekarang pun, aku tanya dulu mechanic dekat servis centre tu. Dia orang kata model tu tak ada isu besar. Jadi aku pun confident beli.

Dulu masa aku nak beli Alza lama pula, mechanic yang sama terus cakap,

“Jangan bang, model tu ada isu gearbox.”

Aku dengar dan ikut.

Dalam bidang kewangan pun sebenarnya sama.

Ramai orang komplen pasal takaful atau unit trust. Tapi ada juga orang yang langsung tak komplen.

Kenapa?

Aku boleh jamin, kebanyakan yang tak komplen tu sebab mereka dapat servis yang bagus daripada ejen yang bagus. Yang banyak komplen biasanya bukan sebab produk semata-mata. Tapi sebab servis yang mereka dapat tak semenggah.

Akhirnya kita belajar satu benda yang simple:

Orang bukan setia kepada produk.

Orang setia kepada pengalaman servis yang mereka dapat.

Sebab kalau produk tu bagus tapi after sales servis dia kurang, ramai mungkin akan sanggup tukar produk demi dapat servis yang lagi baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *