Hari ni pergi open days universiti swasta yang tak jauh dari rumah. Sebab nak dapat lagi banyak maklumat berkaitan kursus yang ada, kos untuk sambung belajar, timing bila nak kena start dan sebagainya.
Sebelum nak pergi open day ni, dah suruh si Amir buat psikometrik test 2-3 kali untuk nak dapatkan halatuju yang lagi jelas sebelum decide dia nak belajar dekat mana dalam degree mana.
Kos belajar ni ada dua komponen utama,
1. Kos tuisyen (bayar dekat universiti)
2. Kos sara hidup (makan, minum, tempat tinggal)
Kalau untuk klien, selalunya kita akan minta klien sediakan dalam RM 200,000 ke RM 250,000 untuk 4 tahun kalau nak hantar anak pergi private uni.
Kalau tengok kos tuisyen pun, dalam setahun antara RM 20,000 ke RM 30,000 setahun bergantung kepada uni dan jurusan apa yang nak belajar tu.
Tapi jangan risau, boleh bayar ikut sem, dan boleh buat installment lagi.
Macam kitaorang sebab boleh duduk rumah kalau belajar dekat, boleh jimat separuh juga dari kos untuk anak sambung belajar dekat private uni, sebab dia boleh duduk dan makan dekat rumah.
Macam mana nak kumpulkan RM 200,000?
Start anak lahir, simpan RM 667 sebulan dalam akaun SSPN dia. Lepas 18 tahun, jumlah terkumpul dalam RM 209,000 dan kalau kadar cukai dalam 25%, dah dapat kurangkan cukai yang kena bayar sebanyak RM 2,000 setahun untuk 18 tahun tu, jadi jimat lagi dalam RM 36,000.
Kalau ada satu anak, ini dah bantu korang dapatkan dalam RM 245,000 dah. Lepas dah anak no 1 nak sambung belajar dekat universiti swasta dekat Malaysia ni.
Kalau ada lebih dari satu? Kena tengok apa opsyen lain yang boleh buat.
P/S: Ini tak kira kalau ada diskaun ke biasiswa ke lagi. Kalau dapat tu, boleh lah jimat lagi kos ni.
