Kalau tengok apa yang dia share dekat bawah ni, aku rasa dia dah lompat beberapa step.
Aku nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri:
Nego gaji masa aku masih makan gaji dulu
Nego gaji sebagai HR dengan calon yang apply kerja
Approve gaji untuk pekerja yang HR nak offer kerja dalam company aku
Jadi dari tiga perspektif ni, ada beberapa benda yang aku nampak ramai orang terlepas pandang.
Pertama — letak expectation awal.
Ramai orang share kalau nak apply kerja, minta sekitar 30% lebih tinggi dari gaji semasa.
Contoh:
Kalau gaji sekarang RM3,000, minta minimum RM3,900.
Kalau HR nego jadi RM3,750, gaji kita masih naik RM750 sebulan.
Ini cara paling basic.
Sebab kalau dari awal lagi kita bagitau expected salary, HR dah tahu sama ada dia boleh offer atau tidak.
Kalau dia memang tak boleh bagi, kita nego macam mana pun memang takkan dapat.
Kedua — jangan tengok gaji kasar sahaja.
Ada orang tukar kerja, gaji nampak lebih tinggi…
tapi aliran tunai makin sakit.
Sebab apa?
Kadang company lama bagi:
• incentive
• elaun
• medical benefit
• cuti lebih banyak
Contoh pengalaman aku sendiri.
Masa kerja TNB, cuti tahunan 22 hari.
Bila join PwC, cuti tahunan jadi 14 hari.
Hilang 8 hari cuti setahun tu sebenarnya ada nilai juga.
Jadi masa compare kerja baru, tengok total package, bukan gaji basic sahaja.
Ketiga — apply kerja yang julat gaji dia masuk akal.
Kalau target kita nak gaji RM5,000, jangan apply kerja yang julat dia RM3,500 – RM4,500.
Selalunya memang takkan dapat.
Kalau company tu langsung tak letak salary range, aku personally rasa itu kurang transparent.
Keempat — guna data masa nego.
Rajin tengok salary guide.
Sekarang senang, Google saja.
Bila kita tahu julat gaji dalam industri dan level kita,
masa nego dengan HR nanti kita ada asas yang kuat.
Nampak macam kita negotiate berdasarkan market rate, bukan sekadar tamak nak gaji tinggi.
Dan dari pengalaman aku, bila ada fakta,
HR pun senang nak defend dekat boss dia kenapa calon tu minta gaji macam tu.
Last sekali — teknik yang aku sendiri guna bila ambil orang kerja.
Kalau calon minta gaji yang masih dalam bajet, sebenarnya aku ok saja.
Tapi kadang aku akan propose:
gaji sedikit rendah semasa probation
Sebab masa tu aku masih tak pasti sama ada dia betul-betul berbaloi dengan gaji yang dia minta.
Tapi lepas confirm, insyaAllah aku akan naikkan ke amaun yang dia minta tu.
Dan benda ni sebenarnya boleh tulis dalam offer letter.
Jadi kalau HR susah nak bagi gaji yang kita nak,
ini juga salah satu cara untuk negotiate secara win-win.
Nego gaji ni sebenarnya bukan pasal siapa pandai cakap saja.
Ia pasal:
• expectation
• market value
• total compensation
• dan cara kita frame discussion.
Kalau buat dengan betul, kedua-dua pihak boleh dapat deal yang adil.
