rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Influencer, Content Creator & “Side Income” Online — Ambil Perhatian

Ramai masih beranggapan kalau tak terima duit tunai, maka tak perlu lapor cukai. Walaupun mungkin ramai yang masih tak declare income yang dapat duit pun kepada LHDN lagi.

Hakikatnya, itu sudah tidak tepat lagi.

Mulai 14 Januari 2026, LHDN telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan pendapatan digital:

🔹 Hadiah percuma (produk, perkhidmatan, penginapan, baucar)

🔹 Digital tokens / rewards / appreciation gifts

🔹 Bayaran dari platform luar negara. Kalau korang dah register utk FB monetization tu, jangan lupa declare nanti ya.

🔹 Pendapatan daripada posting, review, affiliate, live session, collaboration

👉 SEMUA ini dianggap sebagai PENDAPATAN BERCUKAI jika ia berkaitan dengan aktiviti anda sebagai influencer atau content creator.

Yang menarik, garis panduan ini bukan hanya terpakai kepada individu, tetapi juga:

Akaun watak animasi

AI character / mascot

Akaun berjenama yang “mempengaruhi” orang lain secara digital

📂 Ini bermakna:

✔️ Rekod perlu disimpan dengan baik

✔️ Anggaran cukai (CP500) mungkin diperlukan

✔️ “Free gift” bukan lagi dianggap free dari sudut cukai

💬 Nasihat aku: Kalau pendapatan digital anda semakin konsisten, walaupun bermula sebagai “side income” sila anggap ia sebagai perniagaan kecil dan uruskan dengan betul dari awal.

Cukai yang dirancang dengan baik lebih ringan daripada cukai yang dikejar kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *