rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kenapa kita kena practice asset allocation yang betul bila nak buat apa2 pelaburan.

Ramai orang bising harga krypto turun sejak bulan 10 hari tu.

Benda yang sama jadi akhir tahun 2022. Crypto memang volatile berbanding banyak kelas aset yang lain, sebab tu as a financial planner, kitaorang tak advice untuk allocate lebih dari 10% dekat sini.

Ye lah, ada jer influencer yang sampai 100% allocation dia masuk Crypto. Kalau dia naik, mmg syukur alhamdulillah. Kalau dia turun, terus innalillah.

Contoh lah,

Katakan aset boleh labur korang ada RM 1 juta.

Korang labur max RM 100,000 dalam Crypto, yang lain letak dalam ASB atau apa2 yang boleh bagi 5% setahun.

Bila kripto rugi 30%, allocation crypto korang turun RM 30,000.

Tapi balance RM 900,000 korang, naik 5%, ataupun RM 45,000

Jadi total aset korang lepas setahun jadi RM 70,000 + RM 945,000 ataupun RM 1,015,000.

Still tak rugi, cuma kurang untung.

Tapi kalau kita ambik contoh untung plak.

Allocation masih sama, Crypto untung 30%

Maksudnya, Crypto naik dari RM 100,000 jadi RM 130,000.

Yang RM 900,000 lagi tu jadi RM 945,000.

Aset korang skrg dah jadi RM 1,075,000.

Untung lebih sikit dari senario asal.

Dalam dua2 senario, kita dah kurangkan risiko rugi secara keseluruhan dengan practice asset allocation.

Bayangkan kalau buat 100% Crypto, dan rugi 30%.

Dari RM 1,000,000 terus jadi RM 300,000.

Mesti dah stress dah tengok.

So, secara kesimpulannya, jangan tamak, nanti stress.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *