Ramai masih beranggapan kalau tak terima duit tunai, maka tak perlu lapor cukai. Walaupun mungkin ramai yang masih tak declare income yang dapat duit pun kepada LHDN lagi.
Hakikatnya, itu sudah tidak tepat lagi.
Mulai 14 Januari 2026, LHDN telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan pendapatan digital:
Hadiah percuma (produk, perkhidmatan, penginapan, baucar)
Digital tokens / rewards / appreciation gifts
Bayaran dari platform luar negara. Kalau korang dah register utk FB monetization tu, jangan lupa declare nanti ya.
Pendapatan daripada posting, review, affiliate, live session, collaboration
SEMUA ini dianggap sebagai PENDAPATAN BERCUKAI jika ia berkaitan dengan aktiviti anda sebagai influencer atau content creator.
Yang menarik, garis panduan ini bukan hanya terpakai kepada individu, tetapi juga:
Akaun watak animasi
AI character / mascot
Akaun berjenama yang “mempengaruhi” orang lain secara digital
Ini bermakna:
Rekod perlu disimpan dengan baik
Anggaran cukai (CP500) mungkin diperlukan
“Free gift” bukan lagi dianggap free dari sudut cukai
Nasihat aku: Kalau pendapatan digital anda semakin konsisten, walaupun bermula sebagai “side income” sila anggap ia sebagai perniagaan kecil dan uruskan dengan betul dari awal.
Cukai yang dirancang dengan baik lebih ringan daripada cukai yang dikejar kemudian.
