rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa nak buat bila klien dapat termination notice?

Semalam ada klien inform aku yang dia dapat termination notice dari company dia. Last day awal Februari nanti.

Benda macam ni, as a financial planner, kita tak boleh sama-sama gelabah dengan klien.

Klien tengah down. Siapa yang tak rasa down bila tiba-tiba diberitahu yang kita akan kehilangan kerja, lebih-lebih lagi kalau kita tak expect benda ni berlaku.

Jadi, first thing first, kita tanya soalan yang relevan.

1. Bila last day?

Kita nak tahu bila income dia akan berhenti. Sebab dari situ kita boleh mula merancang apa yang perlu dibuat dalam tempoh sebelum dan selepas dia berhenti kerja.

2. Ada termination package atau compensation tak?

Kalau layak, pekerja mungkin berhak menerima termination benefits mengikut undang-undang. Kadar dan kelayakan bergantung kepada situasi dan kontrak pekerjaan masing-masing.

Tapi ada juga company yang menawarkan package lebih baik daripada minimum yang diwajibkan, mungkin untuk memastikan proses termination berjalan dengan lancar.

Kita nak tahu berapa jumlah yang bakal diterima, bila duit tu akan masuk dan apa komitmen yang perlu diselesaikan.

3. Kenapa kena terminate?

Bukan nak menyibuk, tapi sebab termination tu penting.

Adakah disebabkan retrenchment? Restructuring? Performance? Atau ada isu lain?

Kalau ada perkara yang meragukan, mungkin klien boleh dapatkan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk faham hak mereka dan tindakan yang boleh diambil.

Dah dapat semua maklumat ni, kita bahagikan tugas antara klien dengan financial planner.

Apa yang klien perlu buat?

1. Start cari kerja baru.

Tapi tak bermaksud kena gelabah dan accept apa-apa job semata-mata nak pastikan income masuk balik.

Kalau keadaan kewangan mengizinkan, ambil sedikit masa untuk cari peluang yang lebih sesuai.

2. Pergi SOCSO dan semak kelayakan untuk Employment Insurance System (EIS).

Jangan lupa, ada bantuan yang boleh dimanfaatkan sementara mencari pekerjaan baru, tertakluk kepada kelayakan.

3. Kalau ada isu berkaitan termination, dapatkan advice daripada JTK.

Jangan assume kita tak ada hak hanya sebab company dah keluarkan termination notice.

Apa pula tugas financial planner?

1. Review semula kedudukan kewangan klien.

Kita tengok cashflow, aset, liabilities, komitmen bulanan dan simpanan yang ada.

Kita nak tahu berapa lama klien boleh bertahan tanpa income, dan apa kesan kepada financial goals yang dah dirancang sebelum ni.

2. Tengok apa yang boleh diperbaiki.

Mungkin ada expenses yang boleh dikurangkan, komitmen yang boleh disusun semula atau financial goals yang perlu ditangguhkan sementara.

Tujuannya bukan semata-mata nak berjimat, tapi nak pastikan simpanan yang ada boleh bertahan lebih lama sementara klien mencari sumber income baru.

Berdasarkan pengalaman aku, ada klien yang sebelum ni kena let go, tapi akhirnya keadaan kewangan mereka bertambah baik selepas melalui tempoh tu.

Kenapa?

Sebab mereka tak gelabah.

Mereka tak terus buat keputusan kewangan yang drastik. Mereka tak terus keluarkan semua investment. Mereka tak terus accept kerja pertama yang datang.

Sebaliknya, mereka ambil masa untuk review semula keadaan kewangan, susun strategi dan buat keputusan berdasarkan keadaan sebenar mereka.

Kadang-kadang, kehilangan pekerjaan bukan sekadar satu financial crisis.

Ia mungkin juga satu opportunity untuk kita berhenti sekejap, reassess dan bina semula kehidupan dengan lebih baik.

Tapi untuk sampai ke tahap tu, kita kena tahu dulu kita berada di mana dari segi kewangan.

Sebab itulah financial planning bukan sekadar merancang untuk masa kita ada income.

Financial planning juga adalah tentang apa yang kita buat apabila income tu tiba-tiba tak ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *