rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kerja Financial Planner adalah untuk bantu klien buat keputusan yang terbaik untuk diri masing2

Nampak screenshot ni sebelum Jensen jadi balik CEO Nvidia…

Nak komen pasal meme dekat bawah tu.

Seorang cakap, “My entire saving is inside…”

Seorang lagi cakap, “It’s time to make money!!”

Nampak simple kan? Tapi sebenarnya, dua orang ni mungkin melihat situasi yang sama dengan perspektif yang sangat berbeza.

Orang yang dah invest banyak dalam market mungkin melihat market merah ni sebagai satu risiko kepada simpanan dia.

Orang yang masih ada cash pula mungkin melihat market merah ni sebagai peluang untuk membeli.

Siapa betul? Siapa salah?

Tak semestinya ada jawapan yang universal. Sebab situasi kewangan, objektif, risk tolerance, time horizon dan keperluan setiap orang berbeza.

Dan inilah antara kerja seorang financial planner.

Tugas kita bukan sekadar nak suruh klien beli, jual atau hold sesuatu pelaburan. Tugas kita adalah membantu klien melihat sesuatu keputusan dari pelbagai perspektif supaya mereka boleh membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan situasi mereka sendiri.

Contohnya, ada klien aku 2 minggu lepas tanya sama ada dia mampu beli rumah harga RM1 juta.

Kalau tengok dari segi kemampuan, iaitu cashflow dan aset yang dia ada, memang boleh.

Tapi kalau tengok dari segi keperluan, sebenarnya tak ada keperluan pun. Dia dah ada rumah. Rumah yang dia nak beli ni pun bukan sebab nak tambah keperluan tempat tinggal, tapi sebab dia tengok rumah tu lawa. 😂

Jadi, kita discuss. Kita tengok dari pelbagai perspektif. Apa kesan kepada cashflow? Apa kesan kepada financial goals yang lain? Apa opportunity cost? Apa yang dia mungkin perlu korbankan kalau dia buat keputusan ni?

Aku tak akan simply cakap boleh, beli.

Aku pun tak akan simply cakap tak boleh, jangan beli.

Aku bantu dia faham implikasi keputusan tu, dan akhirnya dia sendiri yang decide.

Sebab financial planner bukan penjaga yang perlu menghalang klien daripada setiap keputusan yang kita rasa kurang ideal.

Kita advise, kita educate, kita facilitate decision-making.

Tapi keputusan tetap milik klien.

Dan bila klien dah buat keputusan dengan memahami segala implikasi yang telah dibincangkan, tak boleh pula kemudian hari datang tanya kenapa financial planner tak stop dia daripada buat keputusan tu. 😅

Tugas kita bukan membuat keputusan bagi pihak klien.

Tugas kita adalah memastikan klien membuat keputusan dengan lebih informed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *