Kadang-kadang, decision untuk tak mengambil risiko dalam pelaburan boleh jadi keputusan yang terbaik yang kita boleh ambil.
Tak salah pun.
Kalau kita rasa keadaan pasaran sekarang tak menentu, kita tak faham sesuatu investment, atau kita sendiri tak selesa dengan risiko yang terlibat, tak perlu paksa diri.
Daripada mengejar pulangan tinggi tetapi akhirnya hilang modal, lebih baik grow slowly dalam instrumen yang kita faham.
ASB, Tabung Haji, EPF, SSPN dan sebagainya.
Mungkin pulangan tak seberapa berbanding investment lain, tapi sekurang-kurangnya duit kita masih bekerja dan berkembang.
Cuma, jangan pula salah faham.
Ini bukan bermaksud tak ada tempat lain yang boleh memberikan potensi pertumbuhan lebih baik.
Ada. Memang ada.
Cuma mungkin kita sendiri tak ada access kepada jenis-jenis investment tersebut. Atau kita tak mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kapasiti untuk menilai risiko yang terlibat.
Dan itu pun tak mengapa.
Dalam pelaburan, kita tak perlu masuk semua peluang yang ada.
Kita juga tak perlu bandingkan portfolio kita dengan orang lain.
Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat, faham risiko yang kita ambil dan pastikan keputusan pelaburan kita selari dengan objektif kewangan sendiri.
Remember, investment is not about getting the highest return possible. It’s about getting a reasonable return for the risk that we are willing and able to take.
Slowly is fine. Asalkan kita bergerak ke arah yang betul.
