rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kaya tu subjektif. Tapi financially sustainable, kita boleh ukur.

Satu, aku komen bukan sebab nak cakap aku ni orang kaya.

Sebab bagi aku, kaya ni satu konsep yang agak vague. Definisi kaya bagi setiap orang berbeza.

Ada orang rasa dah kaya kalau dah ada simpanan kecemasan 6 bulan. Ada orang dah ada RM1 juta pun masih tak rasa kaya.

Jadi, instead of menggunakan istilah kaya yang terlalu subjektif, aku lebih suka guna istilah financially sustainable.

Apa definisi financially sustainable bagi aku?

Aku letak 5 kriteria:

1. Dah ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kalau hilang sumber pendapatan, masih ada ruang untuk teruskan kehidupan tanpa perlu panik atau terus bergantung kepada orang lain.

2. Perlindungan takaful dah mencukupi.

Life, TPD, CI dan medical coverage untuk diri sendiri dan keluarga dah dilindungi mengikut keperluan.

Jadi, kalau berlaku perkara yang tak diingini, insya-Allah tak perlu mengorbankan simpanan yang dah dikumpulkan untuk menampung kos yang sepatutnya boleh dilindungi.

3. Debt Service Ratio (DSR) bawah 30%.

Komitmen hutang bulanan tak terlalu membebankan.

Kalau hilang sumber pendapatan sekalipun, tekanan kewangan taklah terlalu besar.

Dan paling penting, tak ada hutang kad kredit yang dibawa dari bulan ke bulan atau personal loan yang membebankan.

4. Belum mencapai financial freedom, tetapi sedang berada di landasan yang betul.

Dah ada jumlah simpanan dan pelaburan bulanan yang diperlukan untuk mencapai sasaran financial freedom, contohnya sebelum umur 55 tahun.

Sebagai panduan, sekurang-kurangnya 30% daripada pendapatan bulanan disimpan atau dilaburkan, termasuk caruman EPF.

5. Masih boleh menikmati kehidupan hari ini.

Dapat allocate sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan, ataupun sebahagian daripada bonus (kalau ada), untuk tabung enjoyment.

Contohnya travel, shopping, makan sedap dan benda-benda yang kita suka.

Sebab perancangan kewangan bukan semata-mata nak kumpul duit untuk masa depan. Kita kena ada duit untuk menikmati kehidupan hari ini juga.

Ini definisi yang aku tetapkan untuk diri sendiri.

Kalau korang ada definisi lain, tak ada masalah. Buat definisi sendiri.

Tapi kalau korang dapat penuhi kelima-lima kriteria ni, aku percaya korang sendiri akan rasa perbezaannya.

Sebab realitinya, ramai orang masih struggle nak penuhi kesemua lima kriteria ni.

Okay, kriteria dah settle.

Jadi, apa pula mindset yang perlu ada untuk mencapai tahap financially sustainable ni?

1. Kena rajin berusaha.

Tak boleh fikir nak goyang kaki, duit masuk sendiri.

Kena faham, tawakal tu datang selepas usaha. Kalau sekadar berharap tanpa usaha, susahlah nak capai apa yang kita impikan.

2. Kena rajin networking.

Bukan sekadar rajin mengopi atau jumpa orang.

Kena bina network yang betul.

Kalau rajin spend masa dengan orang yang kerja dia suka komplen, cari salah orang lain dan sentiasa nampak benda negatif, lama-lama kita pun boleh terpengaruh.

Cari circle yang sama-sama nak grow, saling membantu dan berkongsi ilmu.

3. Kena rajin belajar dan tambah ilmu.

Tak kisahlah melalui media sosial, buku, pendidikan akademik, training ataupun seminar.

Tapi kena pandai pilih guru dan sumber ilmu yang betul.

Sebab kalau rajin belajar tetapi belajar benda yang salah, atau ikut orang yang bawa kita ke arah yang salah, akhirnya kita tetap tak ke mana.

4. Kena pandai redha dan bersyukur.

Kalau kita dah usaha tetapi masih belum dapat apa yang kita nak, mungkin belum sampai masanya. Bukan bermaksud kita perlu menyalahkan takdir.

Kalau dah dapat apa yang diusahakan, belajar pula untuk bersyukur.

Jangan rasa semua yang kita capai hari ini datang daripada usaha kita semata-mata.

Ada rezeki, peluang, pertolongan dan ketentuan Allah yang memainkan peranan.

5. Fokus mencari rezeki yang berkat.

Ada orang nampak kaya, pendapatan besar, aset banyak, tetapi duit macam tak pernah cukup dan tak pernah lekat.

Bagi aku, bukan sekadar berapa banyak duit yang kita dapat, tetapi bagaimana cara kita mendapatkannya.

Cari rezeki yang halal dan berkat. Sebab banyak duit tak semestinya membawa ketenangan.

6. Kena faham ilmu pengurusan kewangan.

Ini antara perkara paling penting.

Kena tahu beza kehendak dan keperluan, tahu urus cash flow, hutang, simpanan, pelaburan dan asset allocation.

Kalau tak tahu, belajar.

Kalau tak ada masa atau tak yakin nak urus sendiri, cari financial planner yang boleh bantu.

Jangan sampai kita rajin cari duit, tetapi tak tahu nak urus duit yang kita dah dapat.

—

Kesimpulannya…

Bagi aku, financially sustainable bukan bermaksud kita dah cukup kaya sampai tak perlu bekerja.

Tetapi kita berada dalam keadaan kewangan yang stabil, ada perlindungan, ada simpanan, ada hala tuju untuk masa depan dan masih mampu menikmati kehidupan hari ini.

Kita mungkin belum financial freedom, tetapi kita tak lagi hidup dalam keadaan kewangan yang sentiasa tertekan.

Dan yang paling penting, kita ada pilihan dalam kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *