rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Bila kita tak pernah ada pengalaman yang sama, banyak benda yang kita nampak akan terasa tak logik.”

Kang aku tulis, orang cakap aku saja nak ragebait.

Aku tahu pun tak ramai yang baca apa yang aku tulis panjang-panjang ni sampai habis. 😂

Ramai yang lebih suka nak tunjuk yang diaorang terlebih pandai.

Bagi aku, senang cerita.

Bila kita tak pernah ada pengalaman yang sama, banyak benda yang kita nampak akan terasa tak logik.

Aku bagi contoh.

Aku ada seorang klien. Masa mula-mula datang jumpa aku, cashflow dia negatif. Simpanan pun tak ada.

Lepas setahun, cashflow dia dah positif.

Masa tu, aku cadangkan dekat dia, jom kita target dalam masa lima tahun, simpanan kau dengan isteri boleh cecah RM500,000.

Mula-mula, dia rasa benda tu tak logik.

Jadi aku tunjuk macam mana dia boleh capai target tu berdasarkan keadaan kewangan dan kemampuan dia.

Bila dia nampak logiknya, baru dia cakap, “Okay, set!”

Target RM500,000 tu dia berjaya capai dalam masa kurang daripada lima tahun sejak kitaorang bincangkan.

Dua tahun lepas tu, aku cakap pula, menjelang umur 40 tahun, simpanan dia dengan isteri boleh cecah RM1 juta.

Mula-mula, dia tak percaya juga.

Sekali lagi, aku tunjuk macam mana dia boleh capai.

Bila dia dah faham, dia setuju untuk teruskan.

Sekarang, target RM1 juta tu masih on track untuk dicapai menjelang umur 40 tahun nanti (umur dia 38 tahun)

Baru-baru ni, kami jumpa lagi.

Aku cerita pasal seorang klien aku yang dah mencapai financial freedom, termasuk berapa banyak yang dia ada pada umur 48 tahun.

Sekali lagi, dia rasa dia tak boleh capai benda yang sama.

Dan sekali lagi, aku tunjuk macam mana dia boleh capai.

Bila dia nampak logiknya, dia dah tak persoalkan sangat sama ada benda tu boleh dicapai atau tak.

Sebab dia dah beberapa kali alami sendiri pengalaman yang sama sepanjang dia engage dengan aku.

Benda yang pada mulanya nampak mustahil, boleh jadi masuk akal apabila kita nampak jalan untuk mencapainya.

Itu cerita orang yang nak capai target simpanan dan matlamat kewangan.

Tapi perkara yang sebaliknya pun valid.

Orang yang tak pernah ada pendapatan tinggi mungkin susah nak percaya yang orang bergaji besar pun boleh tak ada simpanan.

Sebab dia tak pernah alami sendiri situasi tu.

Orang yang bisnes dia tak pernah menjana revenue berjuta-juta, dan tak pernah berdepan masalah cashflow pada skala besar, mungkin susah nak percaya yang orang yang dah sampai tahap tu pun masih boleh jatuh bankrap.

Sebab dalam kepala dia, kalau income dah besar, kalau revenue dah berjuta-juta, takkanlah boleh tak ada duit?

Tapi kita kena faham satu benda.

Apa yang seseorang mampu jana tak semestinya sama dengan apa yang dia mampu simpan.

Income tinggi tak semestinya kaya.

Revenue berjuta-juta tak semestinya bisnes tu ada cashflow yang sihat.

Dan duit yang banyak hari ni tak semestinya menjamin kebebasan kewangan pada masa depan.

Bukannya aku nak cakap jangan target untuk dapat income tinggi.

Tak.

Income tinggi memang boleh jadi salah satu cara untuk korang capai financial freedom.

Tapi income tinggi tanpa tahu macam mana nak uruskan kewangan sendiri, ibarat korang buka paip air deras dekat rumah, lepas tu biarkan air mengalir tanpa henti sebab korang ingat air tu takkan habis.

Sampai satu masa, korang sendiri akan terkejut tengok bil air.

Atau lebih teruk, bila korang sedar, air dah tak keluar.

Sebab tu bagi aku, bukan setakat penting untuk kita belajar macam mana nak jana lebih banyak duit.

Kita kena belajar juga macam mana nak uruskan duit yang kita dah ada, supaya duit tu boleh bantu kita capai apa yang kita nak dalam hidup.

Sebab kalau tak, sampai bila-bila pun kita akan rasa tak cukup.

Dan satu lagi.

Aku tahu, aku tulis panjang-panjang macam ni pun, akan ada orang yang cakap aku guna AI. Cerita ni tak real. Semua ni rekaan semata-mata.

Terpulanglah dekat korang.

Aku memang guna AI pun.

Sebagai editor. Bukan sebagai pengganti pengalaman aku. 😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *