rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Duit tak semestinya boleh beli kebahagiaan, tapi duit boleh bagi kita ketenangan…

Ramai orang struggle sebab terlalu perlukan validation daripada orang lain.

Nak rumah besar, kereta besar, selalu travel, baju branded, handbag mahal, makan sedap dan macam-macam lagi.

Sanggup kerja dekat tempat yang dia tak suka, hari-hari stress, mental penat, tapi tak berani nak berhenti sebab kalau berhenti, tak mampu nak maintain lifestyle yang ada sekarang.

Akhirnya, kita jadi hamba kepada lifestyle sendiri.

Tapi aku tak nak cakap duit tak penting. Bukan macam tu.

Sebab duit yang cukup, terutamanya simpanan kecemasan, boleh bagi kita satu perasaan yang susah nak dibeli dengan benda lain — KETENANGAN.

Bila kita ada simpanan kecemasan yang cukup untuk tampung perbelanjaan selama 6 bulan, perasaan dia lain macam.

Bukan bermaksud semua masalah dah selesai. Tapi sekurang-kurangnya, kalau tiba-tiba hilang kerja, kereta rosak atau ada kecemasan keluarga, kita tak perlu terus panik fikir nak cari duit dekat mana.

Aku selalu jumpa klien yang datang dengan masalah cashflow negatif dan langsung tak ada simpanan.

Bila kita sama-sama berusaha sampai dia akhirnya berjaya kumpul simpanan kecemasan, aku akan tanya apa perasaan dia.

Jawapan yang aku selalu dapat sama.

TENANG.

Bila kita tenang, kita boleh buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri.

Kita tak perlu terburu-buru.

Tak perlu buat keputusan sebab terdesak.

Tak perlu terus bertahan dalam situasi yang tak sihat semata-mata sebab tak ada duit untuk survive.

Bila kita boleh buat keputusan yang lebih baik, dan keputusan tu membantu memperbaiki keadaan kewangan kita sedikit demi sedikit, insya-Allah lama-lama kehidupan kita pun akan jadi lebih baik.

Sebab tu bila aku buat perancangan kewangan dengan klien, antara benda yang aku akan fokuskan terlebih dahulu ialah cashflow dan simpanan kecemasan.

Bukan terus sibuk nak melabur, nak kejar return tinggi atau nak ambil risiko yang lebih besar.

Kalau simpanan pun belum ada, nanti bila market jatuh, bukan setakat portfolio merah. Minda pun boleh jadi merah sekali. 😂

Macam mana nak mula bina simpanan kecemasan?

Mudah je. Ikut langkah ni.

1. Tengok cashflow korang.

Berapa duit masuk setiap bulan dan berapa duit keluar?

Jangan agak-agak. Tengok nombor sebenar.

2. Kenal pasti ruang untuk penambahbaikan.

Mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan? Mana yang boleh ditangguhkan dulu?

Kalau ada benda yang kita boleh hold buat sementara waktu, hold lah.

Bukan bermaksud tak boleh enjoy langsung. Cuma buat sementara waktu, kita bagi keutamaan kepada benda yang lebih penting.

3. Asingkan simpanan daripada akaun gaji.

Simpan dekat akaun berasingan supaya tak mudah terguna.

Pilih tempat yang stabil, mudah dikeluarkan dan tak terdedah kepada turun naik harga pasaran.

Contohnya akaun simpanan bank, ASB atau Tabung Haji, tertakluk kepada kelayakan, syarat pengeluaran dan tempoh akses masing-masing.

Jangan letak simpanan kecemasan dalam saham, unit trust, emas atau crypto yang nilainya boleh jatuh ketika korang paling memerlukan duit tu.

4. Ulang sampai cukup 6 bulan perbelanjaan.

Tak perlu tunggu ada duit banyak baru nak mula.

Kalau mampu simpan RM100 sebulan, mulakan dengan RM100.

Kalau boleh simpan RM500, simpan RM500.

Yang penting, bina tabiat dan teruskan secara konsisten.

Satu lagi, kalau korang ada hutang dengan kadar faedah yang tinggi, strategi membina simpanan dan membayar hutang tu mungkin perlu disusun bersama supaya kedua-duanya dapat diurus dengan baik.

Akhirnya, tujuan kita mengurus duit bukan semata-mata nak tengok nombor dalam akaun makin besar.

Kita nak sampai ke satu tahap di mana duit tak lagi menjadi punca kita takut membuat keputusan dalam kehidupan.

Nak tukar kerja, boleh fikir dengan tenang.

Nak mulakan bisnes, boleh nilai risikonya dengan baik.

Nak hadapi kecemasan, tak perlu terus berhutang.

Nak berehat sekejap pun tak rasa dunia akan berakhir.

Kita tak semestinya perlu jadi kaya untuk rasa tenang. Tapi kita perlu mengurus duit dengan baik supaya kita ada pilihan dalam kehidupan.

Dan bagi aku, kebebasan untuk membuat pilihan tu juga satu bentuk kekayaan.

Korang setuju tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *