Ramai orang nak dapatkan opinion pasal investment, pergi tanya dekat social media.
Masalahnya, orang yang bagi advice tu sendiri belum tentu ada experience atau expertise yang cukup untuk bagi advice tersebut.
Orang yang bertanya pula percaya, ikut apa yang dicadangkan, kemudian bila sesuatu tak menjadi, baru nak cari orang yang bagi advice tadi.
Tapi jawapan yang diterima?
“Aku bukan expert dalam bidang tu pun.”
“Aku tak suruh kau ikut pun.”
“Aku cuma share opinion aku je.”
Habis tu, siapa yang nak bertanggungjawab?
Dah padan muka?
Bagi aku, bukan semudah tu nak salahkan orang yang bertanya. Tapi kita kena faham satu benda: bukan semua pendapat yang kita jumpa dekat social media sesuai untuk kita ikut, apatah lagi bila melibatkan duit dan masa depan kewangan kita.
Orang yang bagi opinion pun kena faham, ada beza antara berkongsi pengalaman peribadi dengan memberikan advice yang orang lain mungkin anggap sebagai nasihat profesional.
Tapi aku nak tekankan satu lagi perkara.
Bukan semua orang yang ada sijil atau lesen tu automatik lebih expert daripada orang lain.
Dalam financial planning sendiri, setiap orang ada area of expertise masing-masing.
Ada yang memang power dalam investment.
Ada yang pakar dalam tax planning.
Ada yang cekap dalam debt management.
Ada yang sangat bagus dalam risk management, insurance dan takaful.
Ada yang lebih mahir dalam retirement planning.
Dan macam-macam lagi.
Tak semestinya seseorang yang hebat dalam investment tu juga hebat dalam tax planning atau pengurusan hutang.
Sebab tu, aku sendiri tak pernah mengaku aku terpaling expert dalam semua benda.
Kalau ada perkara yang bukan dalam area of expertise aku, aku akan beritahu klien siap-siap supaya mereka faham batas kemampuan dan skop khidmat yang aku boleh berikan.
Bagi aku, lebih baik mengaku kita tak tahu daripada berlagak tahu, kemudian orang lain yang menanggung akibatnya.
Itulah sebahagian daripada tanggungjawab aku sebagai seorang Licensed Financial Planner.
Aku bukan sekadar perlu fikir apa yang terbaik untuk klien. Aku juga perlu tahu batas kepakaran sendiri, bersikap telus dan memastikan klien faham apa yang aku boleh dan tak boleh bantu.
Satu lagi perkara yang aku rasa ramai orang masih keliru.
Ada sijil CFP, IFP dan kelayakan profesional yang seangkatan dengannya tak semestinya bermaksud seseorang itu dah mempunyai lesen untuk menjalankan amalan atau memberikan nasihat kewangan yang memerlukan lesen di Malaysia.
Kelayakan profesional dan lesen kawal selia ialah dua perkara berbeza.
Senang cerita, macam dah graduate. Itu satu pencapaian, tapi bukan bermaksud semua syarat untuk menjalankan profesion tersebut dah selesai.
Kelayakan profesional ialah satu langkah. Keperluan lesen dan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan pula perlu dipenuhi mengikut aktiviti yang dijalankan.
Jadi, kalau korang nak dapatkan financial advice, jangan tengok siapa paling yakin bercakap, siapa paling ramai followers atau siapa paling pandai tunjuk keuntungan investment.
Semak juga kelayakan, lesen yang berkaitan, pengalaman, skop kepakaran dan sama ada advice yang diberikan benar-benar sesuai dengan keadaan kewangan korang.
Dan kepada sesiapa yang suka memberikan opinion tentang investment dekat social media, ingatlah bahawa orang mungkin mengambil serius apa yang kita tulis, walaupun pada kita, ia sekadar pendapat peribadi.
Bercakap tentang duit orang lain bukan perkara kecil.
Bila kita tak tahu, cakap tak tahu.
Bila bukan bidang kita, cakap bukan bidang kita.
Dan bila perlukan kepakaran orang lain, jangan malu untuk merujuk kepada mereka yang lebih sesuai.
Sebab dalam financial planning, bukan soal siapa paling pandai.
Soalnya, siapa yang tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu, dan jujur tentang kedua-duanya.
