“Be greedy when others are fearful, and be fearful when others are greedy.”
Pernah dengar tak?
Kalau korang tak ada banyak knowledge pasal investment sekalipun, prinsip ni boleh jadi satu panduan yang berguna.
Kenapa?
Sebab kebanyakan aset pelaburan dipengaruhi oleh supply and demand.
Lagi ramai orang nak beli sesuatu aset, lagi tinggi potensi harga dia naik.
Tapi ada satu benda yang kita kena faham.
Setiap investment ada nilai fundamental dan nilai spekulatif.
Bila harga naik sebab fundamental semakin kukuh, itu satu cerita.
Bila harga naik sebab semua orang takut terlepas peluang nak buat duit, itu cerita lain.
Masa tu, kita kena mula berhati-hati.
Cuba tengok apa yang berlaku bila sesuatu investment tengah hot.
Bitcoin pernah jadi perhatian ramai pada 2024 dan 2025. Bila harga naik dan cerita pasal crypto mula memenuhi media sosial, makin ramai yang rasa nak masuk.
Gold pun sama.
Bila harga emas mencatat paras tertinggi, tiba-tiba makin ramai orang bercakap pasal emas. Ada yang sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal gold, tiba-tiba dah rasa macam kena beli sekarang.
Takut terlepas peluang.
FOMO.
Masalahnya, bila kita masuk hanya sebab harga tengah naik dan semua orang bercakap pasal benda yang sama, kita mungkin sedang membeli daripada orang yang dah lama berada dalam pasaran dan sedang mengambil keuntungan.
Dan kalau harga jatuh selepas kita masuk?
Kita pula yang sangkut dekat pucuk.
Sekarang, aku nampak fenomena yang sama dalam pasaran ekuiti.
Ramai orang mula berpusu-pusu berkongsi performance dana masing-masing dekat media sosial.
Bila pasaran tengah naik, macam-macam angka performance kita boleh nampak.
Tapi cuba perhatikan satu benda.
Bila pasaran tengah jatuh, berapa ramai yang masih aktif berkongsi performance dana masing-masing?
Hahaha.
Memang indeks seperti S&P 500 dan Nasdaq pernah mencatat paras tertinggi. Tapi all-time high tak bermaksud pasaran mesti jatuh selepas itu.
Cuma kita kena sedar bahawa pasaran yang dah naik tinggi bukan bermaksud risiko dah hilang.
Harga boleh terus naik. Tapi harga juga boleh jatuh, dan kita tak tahu dengan tepat bila perubahan itu akan berlaku.
Sebab tu aku tak suka buat keputusan pelaburan semata-mata berdasarkan apa yang tengah popular.
Bagi aku, yang lebih penting ialah memastikan portfolio klien sentiasa relevan dengan keadaan pasaran dan objektif kewangan mereka.
Aku sedang aktif menyemak portfolio dan asset allocation klien-klien aku untuk memastikan aset mereka diurus dengan baik, risiko dikawal dan strategi pelaburan disesuaikan apabila keadaan memerlukan.
Matlamatnya bukan sekadar mengejar pulangan ketika pasaran tengah naik, tetapi memastikan portfolio mereka terus berkembang dan mampu menghadapi pelbagai keadaan pasaran.
Market naik, kita nak portfolio dapat manfaat.
Market turun, kita nak portfolio lebih bersedia menghadapi risiko.
Sebab kita tak boleh kawal apa yang pasaran akan buat. Tapi kita boleh mengawal bagaimana kita mengurus portfolio dan membuat keputusan.
Itulah beza antara sekadar melabur dengan mempunyai strategi pelaburan.
Dan satu lagi…
Keuntungan yang kita tak ambil belum tentu keuntungan yang kita akan dapat.
Begitu juga, menjual sesuatu aset yang dah naik tinggi tak bermaksud kita akan berjaya membeli semula pada harga lebih rendah.
Market timing ni bukan semudah tengok harga dah naik, kemudian terus jual.
Jadi, kalau aku tengah menyemak portfolio klien, apa yang aku nak pastikan?
Biarlah aku dengan klien-klien aku je yang tahu.
Hahahahah. 😂
Bukan semua benda kena cerita dekat media sosial.
Kadang-kadang, masa semua orang sibuk bercerita tentang apa yang mereka beli, kita kena tanya diri sendiri:
Adakah kita membeli sebab kita faham nilai pelaburan tu?
Atau kita membeli sebab takut orang lain buat duit, sedangkan kita masih belum masuk?
Sebab dalam investment, bukan setiap peluang yang kita nampak tu peluang yang kita perlu ambil.
Dan bukan setiap kali kita tak masuk pasaran, kita sedang terlepas peluang.
Kadang-kadang, menjaga modal, mengawal risiko dan mempunyai strategi yang sesuai lebih penting daripada mengejar pulangan yang orang lain sedang tunjuk.
Fikir-fikirkan.
Nota: Ini pandangan umum tentang tingkah laku pelabur, bukannya arahan untuk membeli atau menjual mana-mana aset tertentu.
