rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Antara benda yang aku paling seronok jadi financial planner sejak 2018…

Semalam, ada ex-klien contact aku.

Asalnya dia nak bagitahu yang dia ada cerita dekat kawan dia pasal servis aku. Insya-Allah, katanya, kawan dia tu akan contact aku nanti.

Aku pun balas, ada seorang kawan dia yang pernah refer kepada aku sebelum ni, dan orang tu dah pun engage servis aku.

Lepas tu, dia bagitahu yang dia sendiri tengah fikir nak reengage aku semula. Dia nak aku bantu tengok keadaan kewangan dia dan bantu dia buat keputusan sebelum dia tukar kerja nanti.

Benda macam ni sebenarnya antara sebab aku seronok jadi financial planner.

1. Tak perlu sibuk mengejar klien.

Kebanyakan masa, prospek yang datang cari kita.

Selalunya melalui referral. Sekali-sekala, ada juga orang yang tak pernah kenal kita, tapi approach sebab terbaca post-post awareness yang kita buat.

Kalau tengok data klien aktif aku, lebih kurang 80% datang daripada orang yang memang dah kenal aku ataupun referral.

Bagi aku, ini antara kelebihan bila kita fokus membina kepercayaan dan memberikan servis yang baik.

Orang yang pernah bekerja dengan kita sendiri sanggup recommend kita kepada orang lain.

2. Boleh bina hubungan jangka panjang, bukan sekadar transaksi.

Dalam financial planning, hubungan dengan klien tak semestinya berakhir apabila satu urusan selesai.

Malah, ada klien yang dah tak renew engagement pun masih refer orang kepada aku.

Ada juga yang datang balik selepas beberapa tahun sebab mereka perlukan bantuan semula.

Bagi aku, ini sesuatu yang bernilai.

Hubungan yang dibina bukan semata-mata sebab klien nak beli sesuatu daripada kita, tetapi sebab mereka percaya kita boleh bantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

3. Skop kerja tak terhad kepada produk yang kita jual.

Klien nak bincang pasal cash flow? Boleh.

Pasal hutang? Boleh.

Pasal pelaburan, persaraan, pertukaran kerja atau keputusan kewangan besar yang lain? Boleh juga.

Sebab tugas aku bukan sekadar nak cari produk yang sesuai untuk klien.

Aku nak bantu mereka tengok gambaran kewangan secara keseluruhan, faham pilihan yang ada dan menilai kesan setiap keputusan terhadap kehidupan mereka.

Kadang-kadang, penyelesaian terbaik bukan pun produk kewangan.

4. Dapat bekerja dengan orang yang sekepala.

Yang ni mungkin agak spesifik kepada aku.

Aku memang memilih sedikit dalam menentukan siapa yang aku nak bekerja bersama.

Bukan sebab rasa diri bagus sangat, tapi aku tahu aku tak nak setiap kali nak jumpa klien, aku sendiri dah rasa tertekan.

Aku suka bekerja dengan orang yang boleh berbincang secara terbuka, yang faham nilai perancangan kewangan dan yang kita boleh bina hubungan baik bersama.

Kadang-kadang, daripada hubungan profesional tu, boleh jadi kawan juga.

Dan bagi aku, itu satu bonus.

Semalam juga ada satu lagi perkara yang buat aku rasa kerja ni bermakna.

Aku ada annual review dengan seorang klien yang asalnya kenal aku melalui Facebook.

Tahun lepas, dia reach out dan akhirnya decide untuk engage servis aku.

Dalam sesi semalam, dia cerita yang isu kewangan yang dia hadapi tu dah lama dia cuba cari jalan penyelesaian, tapi tak jumpa.

Bila dia nampak post-post aku, dia decide untuk cuba dapatkan bantuan.

Dan sekarang, dia dah nampak jalan keluar untuk masalah yang sebelum ni dia tak tahu macam mana nak selesaikan.

Dia ada bagitahu yang dia nak sambung engagement, cuma nak tunggu satu perkara selesai dulu.

Kalau sambung sekarang, mungkin pelan kewangan dia tak banyak berubah daripada apa yang dia sedang usahakan hari ini.

Jadi aku kata, tak apa.

Kita sambung bila dah sesuai.

Sebab akhirnya, duit dia, kehidupan dia, keputusan dia.

Tugas aku ialah membantu dia faham kedudukan kewangan, meneroka pilihan yang ada dan membuat keputusan dengan lebih jelas.

Bukan memaksa dia renew semata-mata sebab aku nak pastikan ada pendapatan berulang.

Bagi aku, inilah antara perkara yang membuatkan aku masih seronok buat kerja ni sejak 2018.

Bukan sebab setiap klien akan kekal dengan kita selama-lamanya.

Bukan juga sebab setiap orang yang baca post kita akan jadi klien.

Tapi sebab kita berpeluang membantu orang menyelesaikan masalah yang penting dalam kehidupan mereka, membina hubungan yang bermakna dan memberi ruang kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri.

Dan kalau selepas beberapa tahun mereka masih ingat kita, refer kawan kepada kita, atau datang balik bila mereka perlukan bantuan?

Alhamdulillah. Itu pun dah cukup bermakna.

The best professional relationship isn’t one where clients have to depend on you forever. It’s one where they know they can come back when they need you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *