rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Financial Freedom Bukan Semata-mata Tentang Berapa Banyak Duit Yang Kita Ada.

Financial Freedom Bukan Semata-Mata Tentang Berapa Banyak Duit Yang Kita Ada. Tapi Apa Yang Kita Buat Dengan Duit Yang Kita Ada.

Semalam aku jumpa salah seorang klien financial planning aku.

Klien ni sebenarnya dah mencapai financial freedom beberapa tahun lepas, tapi dia masih engage dengan aku untuk review dan manage kewangan dia.

Dia mula engage dengan aku awal tahun 2023. Selepas aku present report dan kami bincangkan keadaan kewangan dia, tiba-tiba pertengahan Mei tahun yang sama, dia bagitahu yang dia nak fast-track retirement dia.

Kami duduk berbincang tentang beberapa pilihan yang dia ada, apa implikasinya, dan apa yang perlu dia pertimbangkan sebelum buat keputusan.

Beberapa bulan kemudian, dia akhirnya pulled the trigger.

Fast forward ke semalam, dia share satu perkara yang aku rasa sangat menarik.

Dia sedar yang melalui pengurusan kewangan yang lebih baik, sebenarnya dia sekarang boleh menikmati pendapatan bulanan yang lebih tinggi berbanding gaji yang dia terima semasa masih bekerja dahulu.

Dan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik, dia cuma perlu luangkan lebih kurang 2 jam sebulan untuk review cash flow, tengok perkembangan pelaburan dan pastikan kewangan dia masih berada di landasan yang betul.

Aku memang setuju dengan apa yang dia share tu.

Sebab itulah bila ada prospek tanya aku, Rafiq ada buat tak one-off consultation?

Jawapan aku selalunya tak ada.

Bukan sebab aku tak boleh buat. Kalau nak fikir pasal duit semata-mata, memang lebih mudah untuk aku charge sekali dan habis cerita.

Tapi persoalannya, adakah one-off consultation tu betul-betul akan membantu seseorang dalam jangka panjang?

Financial planning bukan semata-mata tentang nombor.

Ia banyak berkaitan dengan perubahan mindset, cara kita melihat duit, tabiat perbelanjaan, cara kita menguruskan cash flow dan tindakan yang kita ambil dari semasa ke semasa.

Kau boleh dapat report yang cantik. Kau boleh tahu berapa banyak yang perlu disimpan, berapa banyak yang patut dilaburkan dan bila kau boleh bersara.

Tapi kalau lepas consultation tu kau masih buat perkara yang sama, dengan cara pemikiran yang sama, apa yang akan berubah?

Sebab itulah bila seseorang engage dengan aku, kami akan berjumpa secara berkala. Setiap kali perjumpaan boleh mengambil masa sehingga 2 jam untuk catch up, review perkembangan kewangan dan bincangkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Perubahan tu tak semestinya berlaku dalam sehari.

Sedikit demi sedikit, cara mereka melihat kewangan berubah. Cara mereka menguruskan cash flow berubah. Keputusan yang mereka buat pun semakin baik.

Sampai satu tahap, mereka bukan sekadar faham apa yang perlu dibuat, tetapi dah mampu menguruskan kewangan dengan lebih yakin.

Dan untuk klien yang aku jumpa semalam ni, dia sendiri mengakui satu perkara.

Kalau dia mula menguruskan kewangan dengan lebih baik lebih awal, walaupun dia memang seorang yang pandai menyimpan duit, kemungkinan besar dia sebenarnya boleh bersara lebih awal daripada apa yang dia dah capai sekarang.

Tapi dia tak menyesali perkara tu.

Sebab kita tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Yang penting, kita gunakan apa yang kita tahu hari ini untuk buat keputusan yang lebih baik untuk masa depan.

Jadi, cuba tanya diri sendiri.

Dalam tempoh 10–20 tahun akan datang, kau nak pandang ke belakang dan tertanya-tanya kenapa kau tak mula lebih awal?

Atau kau nak mula luangkan sekurang-kurangnya 1–2 jam sebulan untuk memahami dan menguruskan kewangan sendiri?

Kalau kau mampu buat sendiri, mulakan.

Kalau kau perlukan bantuan, carilah profesional berlesen yang boleh membantu kau merancang, memantau dan menilai semula perjalanan kewangan kau.

Sebab akhirnya, financial freedom bukan sekadar tentang berapa banyak duit yang kau kumpul.

Ia tentang bagaimana kau menguruskan duit tersebut supaya kau boleh mencapai kehidupan yang kau inginkan.

Jangan tunggu sampai kau ada banyak duit baru nak belajar menguruskannya. Belajar uruskan duit yang kau ada sekarang, supaya suatu hari nanti duit tu boleh memberikan lebih banyak pilihan dalam hidup kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *