Saya terbaca kisah seorang di US yang bekerja selama 15 tahun sebelum kehilangan pekerjaan.
Dia bukan kaki minum.
Dia tak ambil dadah.
Dia bukan kaki judi.
Katanya, selepas bayar semua kos sara hidup dan komitmen, dia cuma mampu simpan sekitar USD150 sebulan.
Saya tak tahu berapa income dia dan tak tahu breakdown perbelanjaan dia, jadi susah nak judge sama ada dia sebenarnya boleh menyimpan lebih atau tidak.
Tapi satu benda yang kita kena faham — kos untuk hidup di sesetengah tempat di US memang sangat tinggi.
Housing — sewa atau mortgage di bandar/negeri tertentu boleh jadi sangat mahal.
Healthcare — tanpa perlindungan yang mencukupi, medical bills boleh jadi beban kewangan yang sangat besar.
Taxes — federal income tax, sesetengah tempat ada state/local taxes, Social Security, Medicare, property tax, sales tax dan sebagainya.
Jadi saya terfikir…
Boleh ke perkara yang sama berlaku di Malaysia?
Jawapan saya: mungkin boleh.
Tetapi kita sebenarnya mempunyai beberapa lapisan perlindungan yang boleh membantu apabila kehilangan pekerjaan.
EIS / SIP PERKESO
Untuk pekerja yang layak dan kehilangan pekerjaan, ada Employment Insurance System yang boleh memberikan bantuan pendapatan sementara sehingga beberapa bulan sambil mencari pekerjaan baru.
Retrenchment benefits & notice period
Bergantung kepada kontrak, tempoh perkhidmatan dan keadaan pemberhentian, pekerja mungkin mempunyai hak kepada notis atau bayaran ganti notis serta faedah penamatan tertentu.
At least ada sedikit buffer sebelum income betul-betul terputus.
Bantuan zakat
Untuk Muslim yang benar-benar terjejas dan memenuhi syarat, institusi zakat negeri juga merupakan salah satu social safety net yang boleh dimohon sementara cuba bangkit semula.
Kos sara hidup kita secara relatifnya masih lebih rendah
Walaupun ramai rakyat Malaysia memang terasa tekanan kos sara hidup sekarang, kita kena letakkan dalam perspektif.
Housing, healthcare dan beberapa kos asas di banyak bandar besar US boleh menjadi jauh lebih tinggi.
Tapi semua safety net ini bukan alasan untuk kita tak bersedia.
Sebab itulah saya selalu tekankan tentang emergency fund.
Kalau kita ada emergency fund bersamaan 6 bulan perbelanjaan, kehilangan kerja tak semestinya terus menjadi financial disaster.
Campurkan:
Emergency fund
+ EIS
+ retrenchment benefits jika layak
+ notice period
+ bantuan lain yang layak
Kita mungkin boleh beli masa beberapa bulan untuk mencari pekerjaan baru tanpa perlu terus berhutang.
Dan sebab itu juga saya selalu pesan:
Jangan biarkan hutang keliling pinggang.
Kalau kehilangan pekerjaan ketika hutang terlalu tinggi, emergency fund RM50,000 pun mungkin habis dengan sangat cepat.
Kalau betul-betul terjejas, jangan tunggu sampai keadaan dah terlalu teruk.
Bincang dengan bank tentang restructuring atau temporary relief yang mungkin tersedia.
Kalau hutang dah tak terkawal, dapatkan bantuan AKPK untuk melihat pilihan yang ada.
Financial planning bukan semata-mata tentang nak jadi kaya.
Kadang-kadang objektif pertama adalah memastikan bahawa apabila hidup tiba-tiba berubah…
kita dan keluarga kita tak terus jatuh ke bawah.
Sempena Hari Kebangsaan ini, saya berdoa semoga semakin ramai rakyat Malaysia bukan sahaja mampu survive dari bulan ke bulan…
tetapi mempunyai emergency fund, hutang yang terkawal, perlindungan yang sesuai, simpanan yang mencukupi dan akhirnya semakin hampir kepada financial freedom.
Selamat Hari Kebangsaan. ![]()
Semoga kita semua bukan sekadar merdeka sebagai sebuah negara, tetapi suatu hari nanti turut mencapai kemerdekaan kewangan.
