Aku terbaca satu post pasal seorang ayah yang kumpul USD650,000 sepanjang hidup dia.
30 tahun dia berjimat.
Tak pergi bercuti.
Pakai kereta yang sama.
Bawa bekal.
Jarang makan luar.
Bila meninggal dunia, USD650k tu masih ada.
3 orang anak dapat inheritance tersebut.
Menurut post tu, tak sampai 2 tahun duit tu habis — kereta baru, renovate rumah, travel dan macam-macam lagi.
Betul atau tidak cerita ni, aku rasa mesej dia menarik.
Kita kumpul duit ni sebenarnya untuk apa?
Ada satu konsep dalam retirement planning dipanggil SKI — Spending the Kids’ Inheritance. ![]()
Maksudnya, daripada terlalu fokus nak tinggalkan sebanyak mungkin harta kepada anak-anak, retirees gunakan sebahagian kekayaan yang mereka dah kumpul untuk menikmati kehidupan sendiri.
Travel.
Makan apa yang kita suka.
Buat hobi.
Spend time dengan pasangan.
Bawa anak-anak dan cucu bercuti.
Pada aku, tak salah pun.
Kita kerja 30–40 tahun kumpul duit.
Kalau retirement kita dah adequately funded, kenapa semua duit tu mesti disimpan semata-mata supaya anak-anak dapat inheritance yang besar nanti?
Tapi SKI pun bukan bermaksud:
“Habiskan semua duit sebelum mati.” ![]()
Kita tak tahu berapa lama kita akan hidup.
Inflation masih ada.
Medical expenses boleh meningkat.
Dan kita mungkin perlukan duit lebih banyak apabila umur semakin meningkat.
Sebab tu retirement planning kena cari balance antara tiga perkara:
Duit untuk kita hidup sekarang.
Duit untuk memastikan kita tak kehabisan duit sepanjang retirement.
Duit yang memang kita NAK tinggalkan kepada anak-anak.
Dan sebenarnya ada satu lagi pilihan.
Kalau memang nak bagi anak duit…
kenapa semestinya tunggu sampai kita meninggal?
Kalau retirement sendiri dah secure, mungkin kita boleh bantu masa kita masih hidup.
Bayarkan education.
Bantu deposit rumah pertama.
Bagi modal bisnes.
Bawa seluruh keluarga travel.
At least kita sendiri boleh tengok bagaimana duit yang kita kumpul tu memberi manfaat kepada keluarga.
Sebab objektif financial planning bukan:
mati dengan portfolio paling besar.
Dan bukan juga:
habiskan semuanya sebelum mati.
Tapi memastikan duit yang kita kumpul sepanjang hidup digunakan dengan purpose.
Spend with purpose.
Give with purpose.
Leave with purpose.
Financial freedom bukan sekadar mempunyai cukup duit untuk berhenti bekerja.
Ia juga tentang mempunyai kebebasan untuk menggunakan duit kita untuk kehidupan yang kita mahu — tanpa perlu risau kita akan kehabisan duit nanti
