rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Accident… tapi tak nak claim insurance sebab sayang NCD.

Rugi.

Tadi jumpa klien. Nampak dia bawak kereta lain.

Aku tanya,

“Kereta baru ke?”

Dia cakap bukan. Kereta sewa.

Minggu lepas kereta dia kena langgar dengan motor, jadi sekarang kereta masuk bengkel.

Yang langgar dia pula tak ada insurance, dan masa accident tu tengah high sebab dadah.

Pergi balai polis nak buat report, polis tanya,

“Nak buat report kenapa? Dia tak ada insurance, bukan boleh claim pun.”

Klien aku tetap buat report.

Just in case budak yang langgar dia tu pergi buat report dan cerita benda lain pula.

Aku cakap dekat dia, untuk kes melibatkan kenderaan yang tak ada insurance, boleh juga semak kemungkinan tuntutan melalui Motor Insurers’ Bureau (MIB), tertakluk kepada jenis tuntutan dan kelayakan kes.

Tapi aku tanya satu lagi soalan.

“Berapa kos repair?”

Lebih kurang RM3,000.

“Insurance kereta berapa?”

Dalam RM300++, selepas NCD 55%.

Aku dengar numbers tu, terus cakap:

Buat kira-kira dulu sebelum decide tak nak claim semata-mata sebab sayang NCD.

Kalau keluar RM3,000 dari poket sendiri semata-mata nak protect NCD, kita kena compare berapa sebenarnya financial impact bila NCD hilang dan berapa lama diperlukan untuk NCD tu naik semula.

Jangan automatically assume:

“Claim insurance = rugi sebab NCD hilang.”

Kadang-kadang kita terlalu fokus nak “jimat” beberapa ratus ringgit, sampai sanggup keluarkan beberapa ribu ringgit dari poket sendiri.

Benda ni nampak simple.

Tapi ramai orang terlepas pandang.

Sama juga macam bila dah jual rumah.

Kalau ada MRTT, jangan assume policy tu habis macam tu sahaja.

Semak sama ada boleh terminate/cancel dan ada tak refund atau surrender value untuk baki perlindungan yang kita dah tak perlukan, bergantung kepada jenis polisi dan terma.

Kadang-kadang bukan kita kena cari cara nak buat lebih banyak duit pun.

Kita cuma kena tahu duit kita berada dekat mana, apa hak kita, dan apa yang sebenarnya boleh kita claim balik.

Sebab ni bukan duit orang lain.

Duit kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *