Dari awal lagi, aku dengan wife dah cakap benda yang sama dekat anak-anak.
Aku sebenarnya masih okay kalau lepas habis belajar nanti, diaorang nak duduk lagi dekat rumah. Tapi ada syarat. Kena bayar sewa.
Bukan sebab nak duit.
Duit sewa tu aku nak simpan dalam akaun berasingan sebagai simpanan diaorang sendiri. Nanti bila dah nak keluar hidup sendiri, nak kahwin atau nak beli rumah, duit tu boleh bagi balik sebagai permulaan hidup.
Tapi wife pula lagi tegas.
Dia cakap, lepas habis belajar dan dah dapat kerja, terus cari bilik atau rumah sendiri. Tak payah tunggu nak kahwin baru nak belajar hidup berdikari.
Belanja kahwin?
Kumpul sendiri.
Mungkin kami bagi hadiah sikit sebagai tanda sokongan. Tapi kalau nak kahwin, kena usaha sendiri. Kerja lebih masa, buat part-time, buat side hustle, berjimat, ikat perut… pandai-pandailah.
Kalau masa belajar dah boleh buat kerja sambilan, lagi bagus. Aku pun buat benda yang sama dulu.
Nak beli kereta?
Nak beli rumah?
Sama juga.
Pada aku, tanggungjawab sebagai seorang ayah adalah memastikan anak-anak dapat peluang belajar sampai habis degree. Lepas tu, tugas mereka pula bermula.
Cari kerja.
Urus kewangan sendiri.
Belajar buat keputusan sendiri.
Itulah jalan yang aku lalui dulu.
Walaupun macam tu, tak bermaksud kami tak nak tolong langsung.
Kalau nak minta pandangan pasal kerjaya, kewangan, beli rumah, pelaburan atau apa saja, datanglah tanya. Tak payah malu.
Nasihat sentiasa percuma.
Cuma jangan harap orang lain yang selesaikan hidup kita.
Satu lagi benda yang kami dah cakap awal-awal.
Nanti bila dah ada anak sendiri, cari taska atau pengasuh.
Kami memang sayang cucu nanti.
Main, bawa berjalan, belanja makan, sekali-sekala jaga kalau perlu… semua tu insya-Allah seronok.
Tapi nak jaga hari-hari macam bela anak sendiri semula?
Terima kasih.
Kami dah besarkan dua orang anak dari kecil sampai besar.
Fasa tu kami dah lalui.
Sekarang kalau dapat main dengan cucu sampai hilang geram, lepas tu hantar balik dekat mak ayah dia… itu pun dah cukup bahagia.
Bila anak-anak dah berdikari nanti, insya-Allah kami pun nak masuk fasa baru.
Nak travel lebih kerap.
Sebab wife bekas staf syarikat penerbangan, masih ada kelebihan beli tiket standby.
Kalau kena pergi masa cuti sekolah, memang susah sikit nak dapat tempat.
Tapi bila dah tak perlu ikut cuti sekolah, boleh terbang masa bukan peak season.
Tiket lebih murah.
Hotel lebih murah.
Tempat pelancongan pun tak sesak.
Itu antara perkara yang kami sama-sama tunggu.
Dan satu lagi…
Aku tak pernah letakkan harapan supaya anak-anak nanti kena bagi duit setiap bulan.
Kos sara hidup mereka nanti dengan keluarga sendiri pun dah mencabar.
Tak perlulah tambah beban.
Lagipun, kalau papa diaorang sendiri seorang financial planner, takkan tak pandai urus kewangan sendiri.
Apa yang kami harapkan bukan duit.
Cukuplah mereka menjadi orang yang bertanggungjawab, berdikari, mengurus kewangan dengan baik, membina keluarga yang bahagia, dan membesarkan anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang.
Itu sudah lebih daripada cukup.
