Semalam, sebelum saya bentangkan annual financial plan review, saya tanya dulu klien.
“Apa expectation encik dengan financial plan tahun ni?”
Dia terus jawab,
“Main concern saya… saya rasa macam tak tahu duit saya pergi mana. Gaji dah naik, tapi savings macam tak nampak sangat.”
Saya jawab,
“Insya-Allah, lepas kita tengok report nanti, kita akan nampak duit tu sebenarnya pergi ke mana.”
Bila bentang report, memang cashflow nampak negatif sekitar RM13,000 setahun, berbanding tahun sebelumnya yang positif hampir RM20,000.
Kalau tengok nombor tu sahaja, memang mudah rasa macam kewangan makin teruk.
Tapi bila kita kupas satu persatu, ceritanya berbeza.
Pertama, cashflow projection memang tak ambil kira bonus, sebab bonus bukan pendapatan yang konsisten.
Kedua, sepanjang tahun lepas memang ada beberapa perubahan besar:
• Bayar sewa rumah untuk ibu bapa mentua yang berpindah ke sini (sekitar RM2,500 sebulan).
• Ambil polisi takaful untuk income replacement.
• Mula simpan secara konsisten dalam PRS dan SSPN.
• Potongan gaji untuk membeli saham syarikat tempat dia bekerja.
Maksudnya, duit tu bukan hilang.
Duit tu bertukar menjadi aset.
Bila tengok bahagian net worth pula, nilainya sebenarnya naik lebih RM250,000 dalam tempoh setahun.
Baru dia senyum.
“Oh… patutlah rasa macam duit tak ada.”
Sebenarnya ramai orang ada masalah yang sama.
Bila duit keluar melalui auto debit, potongan gaji, pelaburan bulanan atau simpanan automatik, lama-lama kita sendiri lupa kita pernah buat semua tu.
Pagi tadi pun ada seorang lagi klien tanya saya.
“Investment ni datang duit dari mana? Banyak juga ni…”
Saya cuma senyum.
“Ko dah lama melabur RM2,000 setiap bulan secara konsisten.”
Dia diam sekejap.
“Laa… ya lah. Saya dah lupa.”
Sebab itu saya selalu cakap, financial planning bukan sekadar nak tahu berapa duit kita ada.
Ia juga membantu kita faham ke mana duit kita pergi, dan sama ada duit itu sekadar dibelanjakan atau sebenarnya sedang membina kekayaan kita.
Kalau rasa macam setiap bulan gaji masuk, tapi tak tahu ke mana perginya, mungkin masalahnya bukan sebab tak cukup duit.
Mungkin sebab kita belum nampak keseluruhan gambar.
Siapa dekat sini pernah terfikir,
“Eh… mana pergi duit aku ni?” ![]()
