Hmm… tak payah imagine pun.
Sejak 2016, setiap tahun kami belanjakan sekitar RM50,000–RM70,000 untuk travel bersama keluarga. Dalam setahun biasanya 4–6 trip ke luar negara.
Kecuali tahun 2020 (sempat ke Tokyo dan Bangkok sebelum MCO, tiket Bali pula burn) dan tahun 2021, yang hanya bercuti dalam Malaysia.
Sebelum itu, dari 2008 hingga 2015, purata perbelanjaan travel sekitar RM20,000–RM30,000 setahun.
Kalau dikira, jumlah itu memang dah cukup untuk beli sebuah rumah secara tunai.
Kalau duit itu dilaburkan dan dibiarkan compounding selama bertahun-tahun, nilainya tentu lebih besar lagi.
Jadi… menyesal tak?
Tak.
Sebab setiap ringgit itu ditukar kepada sesuatu yang memang kami hargai.
Masa bersama keluarga.
Pengalaman melihat budaya dan cara hidup orang lain.
Kenangan yang sampai sekarang masih menjadi topik perbualan kami.
Perancangan kewangan bukan bermaksud mengumpul duit sebanyak mungkin.
Ia tentang menggunakan duit dengan sengaja, untuk perkara yang paling penting bagi diri kita.
Kalau impian seseorang ialah memiliki tiga buah rumah pelaburan, teruskan.
Kalau impian orang lain ialah membawa ibu bapa mengerjakan umrah, teruskan.
Kalau impian anda ialah melihat anak-anak membesar sambil mengenali dunia, itu juga satu pilihan yang sah.
Yang penting, keputusan itu dibuat dengan sedar, bukan kerana ikut orang.
Akhirnya, kekayaan bukan sekadar apa yang tinggal dalam akaun bank.
Tetapi juga kehidupan yang berjaya kita bina dengan wang yang kita ada.
