Antara perkara yang saya paling suka dalam sesi financial planning ialah bila klien datang dengan matlamat yang jelas.
Contoh terbaru.
Seorang ibu (umur 57 tahun) dengan aset sekitar RM10 juta.
Matlamat dia bukan sekadar “nak kaya” atau “nak simpan duit”. Dia dah tahu apa yang dia nak capai.
– Nak tinggalkan RM1–1.5 juta kepada setiap anak apabila mereka berumur 35 tahun.
– Nak pastikan kos pendidikan kedua-dua anak sampai habis Master di luar negara disediakan.
– Nak menikmati persaraan dengan berbelanja sekitar RM250,000 setahun untuk hidup dan melancong.
– Tak ada hutang.
Bila matlamat jelas, barulah kita boleh kira.
Daripada RM10 juta aset, sekitar RM4 juta adalah hartanah.
Baki aset cair sekitar RM6 juta.
Langkah pertama, asingkan terus dana pendidikan.
RM850,000 diketepikan siap-siap.
Tinggal RM5.15 juta.
Kemudian kira berapa yang perlu diperuntukkan untuk hadiah kepada anak-anak.
Anak sulung umur 25 tahun.
Ada lagi 10 tahun sebelum umur 35.
Dengan pulangan 6% setahun, hanya perlu allocate sekitar RM825,000 hari ini untuk menjadi kira-kira RM1.5 juta nanti.
Anak kedua pula umur 21 tahun.
Masih ada 14 tahun.
Pada pulangan yang sama, sekitar RM650,000 sudah memadai.
Selepas tolak kedua-dua peruntukan ini, baki untuk tabung persaraan tinggal lebih kurang RM3.675 juta.
Sekarang baru kita tanya soalan paling penting.
Adakah RM3.675 juta ini cukup untuk membiayai gaya hidup RM250,000 setahun selama 28 tahun (umur 57 hingga 85), dengan inflasi 4%?
Jawapannya, boleh… tetapi portfolio perlu bekerja keras.
Untuk mengekalkan kuasa beli tersebut, portfolio perlu menghasilkan sekitar 9.4% setahun secara purata (bersamaan kira-kira 5.2% pulangan sebenar selepas inflasi).
Mustahil?
Tidak.
Mudah?
Juga tidak.
Sebab itu asset allocation, tahap risiko dan strategi pelaburan menjadi sangat penting.
Inilah beza orang yang merancang dengan orang yang sekadar mengumpul duit.
Kalau tak pernah buat kiraan macam ini, selalunya selepas bersara barulah mula buat keputusan secara spontan.
Bagi pinjam duit kepada orang.
Beli kereta baru.
Belanja majlis kahwin anak secara besar-besaran.
Masuk bisnes walaupun tiada pengalaman.
Kejar skim yang janji pulangan tinggi.
Akhirnya baru sedar duit yang dikumpul berpuluh tahun sebenarnya tak cukup untuk semua perkara yang ingin dilakukan.
Financial planning bukan sekadar tahu berapa banyak aset yang kita ada.
Ia tentang memastikan setiap ringgit mempunyai tugasan supaya semua matlamat hidup boleh dicapai tanpa menjejaskan matlamat yang lain.
