rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Harga emas makin turun.

Nampak ramai orang dok share pasal harga emas makin turun.

Ada yang cakap ni lah masa nak masuk, beli lah lagi, emas dah murah.

Ada yang tengah stress sebab beli emas pada harga puncak, tengah bertanya patut dia jual atau cut loss.

Ada yang tengah analisa dan cakap emas dah nak masuk bearish territory dan akan turun lagi.

Ada yang tengah pening sebab dok overlap ar-Rahnu banyak-banyak sebab nak beli lebih banyak emas. Masa harga emas naik, semuanya nampak selamat. Bila harga emas turun, mula nampak risiko yang selama ni tak disedari.

Ada pula fund manager yang baru tukar sebahagian portfolio daripada equity kepada gold.

Ada orang pula confuse kenapa harga emas boleh turun walaupun dunia tengah berdepan konflik dan perang.

Setiap orang ada situasi dan persoalan yang berbeza.

Sebab tu aku tak pernah advise klien untuk speculate tentang apa-apa pelaburan.

Dalam lebih 10 tahun praktis sebagai financial planner, klien yang paling berjaya mengawal risiko pelaburan mereka biasanya ialah yang:

1. Ada matlamat yang jelas dalam pelaburan, bukan sekadar mengejar pulangan tinggi yang mungkin tak sustainable.

2. Praktis asset allocation dan diversification, bukan letak semua telur dalam satu bakul.

3. Konsisten melabur melalui dollar cost averaging (DCA), tak kisah market naik atau turun.

4. Tak gelabah bila market cycle berubah dan tak buat keputusan berdasarkan emosi ketika harga jatuh.

Realitinya, harga emas boleh naik, boleh turun.

Saham pun boleh naik, boleh turun.

Hartanah pun boleh naik, boleh turun.

Masalah biasanya bukan pada aset itu sendiri.

Masalah bermula bila seseorang buat keputusan pelaburan berdasarkan ramalan, FOMO atau keyakinan bahawa harga hanya boleh bergerak ke satu arah sahaja.

Pelaburan yang baik bukan tentang sentiasa meneka apa yang akan naik esok.

Ia tentang membina pelan yang masih boleh berfungsi walaupun ramalan kita hari ini ternyata salah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *