rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Gaji RM11,500 sebulan pun belum tentu hidup senang.

Ramai nampak angka gaji, tapi tak nampak aliran tunai setiap bulan.

Contoh:

Gaji kasar: RM11,500

Tolak:

– EPF: RM1,265

– SOCSO: RM45

– PCB / Zakat (anggaran): RM1,000

Pendapatan bersih lebih kurang RM9,190.

Kemudian komitmen:

🏠 Rumah: RM3,100

📈 ASB Financing 1: RM1,000

📈 ASB Financing 2: RM1,000

🚗 Honda City: RM845

🚗 Myvi: RM500

💳 Personal loan isteri (andaian): RM1,000

Jumlah komitmen: RM7,445.

Kalau suami beri duit belanja RM1,500 kepada isteri, baki yang tinggal sekitar RM245 sahaja.

RM245 itu nak tampung apa?

Elektrik, air, internet, telefon, petrol, tol, parking, makan minum, takaful, penyelenggaraan rumah dan kereta.

Sebab itu, sebelum kita kata suami kedekut atau isteri terlalu meminta, kita kena tengok keseluruhan cashflow.

Kalau betul semua keperluan rumah, tempat tinggal, kenderaan dan bil sudah ditanggung oleh suami mengikut kemampuannya, isu sebenar mungkin bukan “duit belanja tak cukup”.

Isunya ialah expectation yang lebih tinggi daripada kemampuan kewangan keluarga.

Dalam pengalaman saya sebagai financial planner, saya pernah jumpa situasi seperti ini.

Bukan sebab pendapatan kecil.

Tetapi kerana gaya hidup dan kehendak sentiasa meningkat lebih laju daripada pendapatan.

Hari ini mampu sewa rumah, esok mahu beli rumah mahal.

Hari ini kereta biasa sudah mencukupi, esok rasa perlu kereta lebih besar.

Kalau setiap kali pendapatan naik, perbelanjaan naik lebih cepat, akhirnya kedua-dua suami isteri akan terbeban.

Perkahwinan bukan tentang siapa menang atau siapa kalah.

Ia tentang memahami kemampuan sebenar keluarga dan membuat keputusan sebagai satu pasukan.

Kadang-kadang, penyelesaian bukan tambah duit belanja.

Penyelesaiannya ialah duduk semeja, buka semua angka, dan bina bajet yang realistik bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *