rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Your 9 to 5 is for survival, your side hustle is for freedom.”

Personally, aku tak setuju sangat dengan quote ni.

Bagi aku, mindset macam ni kadang-kadang normalize keadaan di mana kerja utama kita memang tak cukup untuk bagi kehidupan yang stabil dan bermaruah.

Lebih kurang macam budaya tipping untuk waiter di sesetengah negara. Customer yang kena “topup” pendapatan sebab majikan tak bayar gaji yang sepatutnya.

Aku bukan anti side hustle.

Kalau kau nak tambah income, explore minat, bina business atau accelerate financial goals, go ahead. Takde salah pun.

Tapi bila side hustle dah dianggap “wajib” untuk capai kebebasan kewangan, mungkin ada benda yang kita kena reflect semula.

Kalau selepas bertahun bekerja, kita masih rasa kerja utama langsung tak mampu bawa kita ke arah freedom, mungkin soalannya bukan “side hustle apa nak buat?”

Mungkin soalannya:

– Adakah skill kita masih relevan?

– Adakah kita underpaid?

– Adakah career path kita stagnant?

– Adakah kita sebenarnya tak pernah negotiate nilai diri kita?

– Adakah lifestyle kita terlalu inflated?

– Adakah definisi “freedom” kita realistic?

– Atau kita tak pernah betul-betul ada strategi kewangan yang jelas?

Kadang-kadang bukan income yang terlalu kecil.

Kadang-kadang expectation, lifestyle dan direction kewangan yang tak selari.

Ada orang income besar tapi masih terperangkap.

Ada orang income sederhana tapi steadily build wealth sebab dia optimize apa yang dia dah ada.

Dan satu lagi persoalan yang aku rasa ramai tak fikir cukup dalam.

Kalau dah seharian kita kerja, kenapa nak kena spend lagi beberapa jam bekerja semata-mata untuk capai “freedom”?

Freedom yang macam mana sebenarnya kalau setiap hari hidup penat, rushing dan burnt out?

Bila masa untuk:

– rehat?

– exercise?

– hobi?

– pasangan?

– anak-anak?

– parents?

– kawan?

– jaga kesihatan mental?

– hidup?

Kadang-kadang kita terlalu fokus kejar “future freedom” sampai lupa menikmati kehidupan yang sedang berjalan sekarang.

Memang betul, ada fasa hidup yang perlukan extra effort. Ada masa kita memang kena hustle lebih.

Especially bila baru nak bina kerjaya, langsaikan hutang, kumpul emergency fund atau nak ubah trajectory hidup.

Aku sendiri tak nafikan ada masa kita memang kena sacrifice lebih.

Tapi kalau entire adulthood kita hanyalah:

kerja utama + kerja kedua + penat + tidur…

kemudian berharap “nanti tua baru nak enjoy”, itu pun belum tentu sempat.

Kita selalu assume freedom hanya datang daripada tambah income.

Padahal kadang-kadang freedom juga datang daripada:

– kurangkan komitmen kewangan,

– kawal lifestyle inflation,

– bina expectation yang lebih realistik,

– upgrade skill supaya pendapatan utama meningkat,

– belajar hidup di bawah kemampuan,

– dan bina sistem kewangan yang lebih sustainable.

Sebab kalau setiap kali income naik, lifestyle pun naik sama laju, side hustle sampai bila pun takkan rasa cukup.

Aku rasa ramai underestimate nilai:

– ada masa makan dengan family,

– ada tenaga untuk bermain dengan anak,

– ada ruang untuk berehat tanpa rasa bersalah,

– ada kesihatan untuk menikmati hidup,

– dan ada kebebasan untuk memilih bagaimana kita spend masa kita.

Bagi aku, 9 to 5 sepatutnya bukan sekadar alat survival.

Ia patut jadi foundation utama untuk bina stability, skills, network, pengalaman dan wealth.

Side hustle pula sepatutnya pilihan, bukan talian hayat.

Sebab financial freedom yang sebenar bukan sekadar “boleh berhenti kerja”.

Tapi ada kawalan terhadap masa, tenaga dan cara kita menjalani hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *