rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Ramai orang nampak nombor gaji dulu sebelum tengok keseluruhan pakej kehidupan.

“Eh beza RM 400 kot. Ambik lah RM 2,900.”

Tapi bila masuk alam kerja, especially untuk fresh grad, bukan semua benda boleh dinilai semata-mata pada angka gaji bulanan.

Pilihan 1

Gaji RM 2,900

Kerja 6 hari

50 minit dari rumah

Contract

RM 120.83 sehari.

Rumah jauh, dah 1 jam setengah sehari habis atas jalan. Setiap minggu dah 9 jam, sebulan dah 36 jam atas jalan. Sama macam tambah lagi 4.5 hari kerja sebulan semata-mata untuk commuting.

Nampak macam dapat extra RM 400 sebulan dekat sini. Campur EPF majikan lebih kurang tambah lagi RM 52.

Total nampak macam lebih RM 452 sebulan.

Tapi dalam masa yang sama:

kerja lebih hari

kontrak

kos minyak/tol lebih tinggi

penat atas jalan

kurang masa rehat

kurang masa nak belajar benda baru

kurang fleksibiliti untuk hidup sendiri

Kadang-kadang orang tak sedar, masa pun ada “cost” dia sendiri.

Pilihan 2

Gaji RM 2,500

Kerja 5 hari

10 minit dari rumah

Permanent

RM 125 sehari.

Kos pergi kerja rendah sebab dekat rumah. Seminggu pergi balik ofis baru 100 minit. Sebulan lebih kurang 6.67 jam sahaja atas jalan.

Tak perlu habiskan hidup dalam traffic.

Balik kerja masih ada tenaga nak exercise, jumpa family, buat side income kecil-kecilan, ambil kelas tambah skill atau simply rehat.

Dan paling penting, permanent.

Mungkin duit bulanan kurang sedikit, tapi stability dan masa yang ada tu boleh digunakan untuk bina sesuatu yang lebih besar dalam jangka panjang.

Masa awal kerjaya ni sebenarnya bukan masa paling penting untuk maximize income.

Masa ni lebih penting untuk:

bina pengalaman

belajar skill

cari direction hidup

bina disiplin kewangan

develop expertise

jaga mental dan physical health

Sebab income besar selalunya datang selepas value kita dalam market meningkat.

Kalau aku fresh grad dan belum ada komitmen besar, aku personally akan pilih RM 2,500.

Bukan sebab tak penting duit.

Tapi sebab pada fasa hidup tu, aku lebih hargai masa, ruang untuk berkembang dan peluang untuk invest pada diri sendiri.

Kadang-kadang pilihan yang nampak “kurang” hari ni sebenarnya bagi pulangan lebih besar beberapa tahun akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *