rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Salah satu value added service aku bagi dekat klien-klien financial planning aku adalah HR dan career advice.

Kenapa?

Sebab sebelum jadi financial planner dulu, memang bidang utama aku adalah sebagai HR consultant.

Ramai orang ingat financial planner ni kerja dia setakat buat investment, insurance atau retirement planning.

Tapi realitinya, income seseorang tu sendiri adalah salah satu “financial asset” paling besar dalam hidup dia.

Kalau boleh bantu klien naikkan income RM 2,000 – RM 5,000 sebulan secara strategik, impact dia dekat financial plan kadang-kadang lagi besar daripada sibuk cari investment return extra 1-2%.

Macam mana benda ni benefit klien-klien aku?

1. Negotiation package kerja

Yang paling basic, aku tolong klien negotiate package bila diaorang dapat offer kerja baru.

Ada klien dapat offer RM 11,000, kita suruh nego sampai jadi RM 13,000.

Ada yang dari RM 13,500 kita push sampai jadi RM 17,000.

Macam mana boleh buat?

Sebab memang itu dulu kerja aku. Aku tahu macam mana HR fikir, macam mana salary band dibuat, macam mana hiring justification dibentangkan, dan bila company sebenarnya masih ada ruang untuk naikkan offer.

Tapi pada masa yang sama, aku juga akan cakap terus terang kalau aku rasa offer tu dah maksimum.

Sebab kadang-kadang ada orang terlalu push sampai HR tarik balik offer terus.

Benda ni bukan teori. Ini pengalaman practical tengok macam mana syarikat buat keputusan hiring.

2. Restructure compensation untuk kurangkan cukai

Yang ni biasanya relevant untuk higher income clients.

Kalau level fresh grad atau junior executive, HR takkan layan sangat request macam ni.

Tapi kalau dah level GM, Director, C-Level atau specialist role yang kritikal, selalunya HR lebih terbuka untuk bincang cara structure package.

Ada satu kes, klien gaji lebih kurang RM 50,000 sebulan.

Tapi sebab cara package tu distruktur semula dengan lebih efisien dari sudut cukai, dia boleh jimat hampir RM 20,000 setahun.

Ramai orang fokus nak tambah return investment.

Tapi kadang-kadang, kurangkan “leakage” dekat cukai pun dah bagi impact besar dekat net worth jangka panjang.

3. General career advice

Tak semua offer gaji tinggi patut diterima.

Empat tahun lepas, ada seorang klien aku gaji sekitar RM 11,000.

Dia dapat offer RM 17,000 dan memang excited nak accept.

Tapi aku cakap:

“Check dulu dengan orang dalam industri. Kenapa tinggi sangat offer ni?”

Rupanya betul.

Position tu memang ada masalah besar. Dah beberapa orang sebelum ni resign dalam tempoh singkat.

Kalau dia masuk masa tu, besar kemungkinan career progression dia akan terganggu.

Aku suruh dia stay, fokus build competency dan strengthen positioning dia dalam industry.

Dia dengar.

Hari ni gaji dia dah RM 23,000 sebulan.

Dan semalam dia baru dapat conditional offer sekitar RM 30,000.

Kadang-kadang dalam career, keputusan terbaik bukan yang bagi kenaikan paling cepat.

Tapi yang bagi sustainability jangka panjang.

4. Career transition dan explore bidang baru

Ada juga klien yang sebenarnya bukan tak mampu survive dalam kerja dia sekarang.

Dia cuma dah penat.

Dah hilang interest.

Atau rasa industri tu sendiri dah tak align dengan apa yang dia nak dalam hidup.

Benda macam ni pun kita discuss.

Kadang-kadang orang takut nak tukar career sebab dia takut income jatuh, lifestyle terganggu atau takut buat keputusan salah.

Dekat situ kita bantu dia evaluate pilihan yang ada secara lebih rasional.

Apa pros and cons bidang baru yang dia nak masuk.

Berapa lama tempoh transition.

Berapa emergency fund yang perlu ada sebelum buat keputusan.

Macam mana nak minimize risiko kewangan sepanjang proses tu.

Kalau perlu, kita share resources yang relevant dan connect dia dengan orang dalam industri berkaitan supaya dia boleh dapat real-world perspective sebelum buat keputusan besar.

Sebab dalam perancangan kewangan, bukan semua benda pasal maximize duit semata-mata.

Kadang-kadang objective sebenar seseorang adalah nak hidup yang lebih tenang, lebih meaningful dan lebih selari dengan diri dia sendiri.

Jangan pula korang mesej aku lepas ni tanya pasal career advice. Aku tak buat servis ni. Ni memang spesifik untuk klien2 financial planning aku jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *