rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Mampu beri anak belanja sara hidup RM 200 sahaja sebulan untuk hidup di universiti”

Anak-anak lepas SPM sekarang ramai yang dah mula sambung belajar dekat IPT. Ada yang dapat biasiswa, ada yang guna pinjaman pendidikan, dan ada juga yang parents tanggung sepenuhnya.

Tapi bila baca perkongsian seorang ayah yang cakap walaupun dia dah masuk kategori T20 sejak 2 tahun lepas, dia cuma mampu bagi RM200 sebulan dekat anak dia untuk belanja hidup dekat universiti… aku rasa ramai parents sebenarnya berada dalam situasi yang lebih kurang sama.

Kos hidup sekarang memang tinggi. Kadang-kadang orang nampak “T20” tu terus assume hidup senang, tapi hakikatnya belum tentu. Mungkin ada komitmen rumah, kereta, parents yang perlu dijaga, anak ramai, simpanan persaraan yang masih belum cukup, ataupun hutang lama yang masih berjalan.

Tapi benda ni buat aku teringat satu perkara yang mungkin kurang dibincangkan dekat Malaysia iaitu work-study programme atau kerja sambil belajar.

Masa aku belajar dekat MI, student visa aku benarkan kerja sambil belajar. Masa semester boleh kerja sampai 20 jam seminggu, waktu cuti boleh sampai 40 jam seminggu.

Dan dekat sana memang banyak kerja part-time yang memang dibuka khas untuk students.

Sebab realitinya, ramai student dekat sana survive dengan bekerja sendiri untuk cover kos makan, tempat tinggal dan perbelanjaan harian. Biasiswa atau pinjaman kadang-kadang cuma cover tuition fees sahaja.

Bila fikir balik, aku rasa pengalaman kerja sambil belajar tu antara benda paling berharga yang aku dapat masa universiti dulu.

Sebab:

1. Aku dapat pengalaman kerja awal.

Setiap tahun aku kerja sambil belajar. Jadi bila graduate dan masuk kerja dekat TNB dulu, aku bukan baru nak belajar budaya kerja dari kosong. Dah biasa dengan deadline, teamwork dan cara communicate dekat tempat kerja.

2. Aku belajar urus masa

Nak kena balance kelas, assignment, exam, kerja dan rehat. Dari situlah aku mula disiplinkan diri guna calendar dan jadual harian. Sampai hari ni aku masih guna sistem yang sama.

3. Aku belajar berdikari dari segi kewangan

Kalau nak beli sesuatu, kena usaha sendiri. Dari situ aku lebih faham nilai duit dan belajar bezakan kehendak dengan keperluan.

Aku faham, idealnya setiap ibu bapa memang nak bagi yang terbaik untuk anak.

Nak anak belajar dengan selesa.

Nak anak fokus belajar tanpa fikir duit.

Nak support sebanyak mungkin.

Tapi kadang-kadang kemampuan kewangan memang ada limit dia.

Dan dalam sesetengah keadaan, kekurangan itu sendiri boleh jadi latihan kehidupan yang sangat mahal nilainya.

Kalau anak melihat situasi itu sebagai “aku kena berdikari dan belajar survive”, pengalaman itu mungkin akan accelerate proses dia jadi orang dewasa yang lebih matang, lebih menghargai duit dan lebih bersedia untuk dunia sebenar nanti.

Bukan semua kesusahan itu menjatuhkan seseorang.

Kadang-kadang, itulah benda yang membentuk dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *