rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kalau taknak carum langsung Medical Card atau Takaful, boleh ke bina dana perlindungan sendiri?”

Jawapan pendek, BOLEH.

Kalau dalam perancangan kewangan, kita panggil konsep ni self-insurance. Maksudnya, kita tanggung sendiri risiko perubatan menggunakan simpanan sendiri tanpa medical card atau takaful.

Adakah aku akan advise klien untuk buat macam ni?

Secara ringkasnya, tidak. Kecuali dia memang berada dalam situasi di mana dia tak layak atau sukar dapat apa-apa perlindungan daripada pihak takaful.

Kenapa?

Sebab konsep perlindungan ni sebenarnya mudah.

Kita carum sejumlah amaun kecil secara bulanan kepada syarikat takaful supaya kalau berlaku sesuatu yang besar kepada kita, risiko kewangan tu dipindahkan kepada pihak takaful.

Dari sudut matematik pula, cuba bayangkan seseorang baru mula bekerja dengan gaji RM2,000 sebulan.

Untuk ambil medical card, mungkin dia perlu carum sekitar RM200 sebulan dan boleh dapat perlindungan perubatan sehingga RM1 juta setahun.

Tetapi kalau dia kata:

“Aku taknak ambil medical card. Aku nak kumpul sendiri.”

Kalau dia simpan atau labur RM500 sebulan selama 25 tahun pun, belum tentu cukup capai RM1 juta.

Dan itu belum ambil kira satu perkara penting:

Risiko kesihatan tak tunggu dana kita cukup baru nak datang.

Kalau baru 3 tahun bekerja tiba-tiba kena penyakit kritikal atau masuk ICU dengan bil RM150,000?

Tabung self-insurance tu mungkin baru ada belasan ribu sahaja.

Itulah sebabnya dari sudut efficiency, perlindungan tetap memainkan peranan penting, terutamanya untuk orang yang masih sedang membina kekayaan.

Fungsi perlindungan bukan sebab kita berharap benda buruk berlaku dekat kita.

Fungsi perlindungan adalah untuk memastikan:

kalau benda buruk berlaku, kewangan kita dan keluarga tak hancur kerananya.

Ramai orang salah faham konsep ni. Mereka tengok takaful dari sudut:

“Kalau tak claim, rugilah.”

Padahal perlindungan bukan produk untuk “untung bila guna”.

Ia lebih kepada:

membayar sedikit untuk mengelakkan risiko kerugian yang terlalu besar untuk ditanggung sendiri.

Nota: Penulis adalah seorang perancang kewangan berlesen yang dah praktis nak dekat 10 tahun dekat Malaysia, dan pernah menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) selama 4 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *