Kalau ambik ni dari segi perancangan kewangan,
Tolonglah berhenti gunakan term-term psikologi semata-mata nak lari daripada tanggungjawab.
Kalau ko nak beli benda yang ko tak mampu, dan orang cakap jangan buat, tu bukannya gaslighting. Tu diaorang suruh ko ukur baju atas badan sendiri.
Kalau badan saiz XL, jangan cuba pakai baju saiz S. Yang koyak nanti baju ko sendiri.
Kalau ko tiap-tiap hari nak makan luar sampai terpaksa meminjam duit daripada kawan-kawan, lepas tu tak mampu bayar balik sebab memang takde duit pun. Bila kawan dah taknak bagi pinjam lagi, tu bukannya diaorang toxic.
Kalau orang tegur sebab keputusan kewangan ko menyusahkan diri sendiri atau keluarga, itu bukan bermaksud dia nak menjatuhkan ko. Kadang-kadang dia cuma cakap benda yang ko tak suka dengar.
Ko dah tahu ko ada masalah kewangan. Orang dah tegur. Orang dah bagi nasihat. Orang dah suruh semak bajet, kurangkan perbelanjaan, tambah pendapatan, atau dapatkan bantuan.
Tapi ko terus shut off.
“Kalau tak nak tolong, takyah nak bising lebih-lebih.”
Lepas tu semua orang lain yang salah.
Gaji tak cukup.
Cukai tinggi.
Syarikat takaful menipu.
Kerajaan tarik subsidi.
Mak bapak tak tinggalkan harta.
Ekonomi teruk.
Boss kedekut.
Semua orang tak faham apa yang ko tengah lalui.
Kemudian ko justify semua tu dengan cakap ko tengah “protecting my peace”, “setting boundaries”, atau orang lain tengah “gaslighting” ko.
Hakikatnya, ada beza antara orang yang betul-betul memanipulasi kita dengan orang yang menyampaikan realiti yang kita tak suka dengar.
Dalam perancangan kewangan, protecting your peace tak bermaksud mengabaikan hutang yang perlu dibayar.
Setting boundaries tak bermaksud lari daripada komitmen yang ko sendiri buat.
Dan menerima akibat daripada keputusan sendiri bukan satu bentuk trauma.
Ia dipanggil tanggungjawab.
Memang betul ada faktor luaran yang memberi kesan kepada hidup kita. Kos sara hidup meningkat, ekonomi berubah, peluang tak sama untuk semua orang.
Tapi kematangan kewangan bermula apabila kita berhenti fokus kepada perkara yang kita tak boleh kawal dan mula fokus kepada perkara yang kita boleh kawal.
Sebab pada akhirnya, menyalahkan semua orang mungkin membuatkan kita rasa lebih baik untuk sementara waktu.
Tapi ia takkan selesaikan masalah.
Kebebasan kewangan biasanya bermula apabila seseorang berhenti bertanya,
“Siapa yang patut dipersalahkan?”
dan mula bertanya,
“Apa tindakan yang aku boleh ambil hari ini untuk memperbaiki keadaan aku?”
Kalau masih guna jargon psikologi untuk menutup keputusan kewangan yang buruk dan mentaliti mangsa, itu bukan kematangan.
Itu cuma cara yang lebih canggih untuk lari daripada tanggungjawab.
