rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Isu “Cikgu Cukai”

Tengok ramai orang dok share pasal “Cikgu Cukai”. Tapi tak share siapa. Bila Google search, ada keluar FB seorang ni, tak nampak nama orang lain. Tapi selagi tak confirm, aku tak nak share. Tak pasal-pasal nanti LoD datang.

Dalam research aku, terjumpa beberapa perkongsian yang mendakwa individu ni sebenarnya tak ada lesen pun untuk bertindak sebagai tax agent dan menggunakan lesen pihak lain.

Kalau betul dakwaan-dakwaan yang berlegar ni, antara isu yang disebut adalah:

1. Owner SME engage dia dan bayar fee untuk urusan percukaian.

2. Ada yang buat bayaran cukai melalui dia, tetapi bayaran tersebut tak sampai ke LHDN.

3. Ada submission cukai yang didakwa tak tepat semata-mata untuk nampakkan “tax savings” yang besar. Bila LHDN audit, pemilik perniagaan pula yang kena penalti.

4. Ramai kenal melalui referral kawan-kawan usahawan.

5. Duit yang diterima pula digunakan untuk tujuan lain sehingga sukar dipulangkan.

6. Bila dituntut, muncul pelbagai alasan dan cerita untuk meraih simpati.

Tapi bagi aku, pengajaran yang lebih besar daripada kes ni adalah:

1. Jangan terpesona dengan gelaran.

Sifu, cikgu, coach, mentor, pakar, influencer…

Gelaran bukan lesen.

Kalau seseorang mendakwa dia profesional dalam sesuatu bidang, buat semakan. Dalam kes percukaian, semak sama ada dia memang individu yang dibenarkan menjalankan kerja tersebut.

Sama macam aku selalu cakap kepada orang ramai.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang aku tulis atau cakap. Kalau aku kata aku financial planner, semak lesen aku dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Pengesahan lebih penting daripada populariti.

2. Jangan serahkan duit kepada orang tengah jika boleh bayar terus kepada pihak yang sepatutnya.

Nak bayar cukai? Bayar terus kepada LHDN.

Nak carum takaful? Bayar terus kepada syarikat takaful.

Nak melabur? Pastikan duit masuk terus ke akaun institusi yang sah.

Kami sendiri selalu ingatkan klien supaya jangan serahkan duit kepada ejen atau financial planner untuk tujuan pelaburan atau caruman. Biasakan diri mendapatkan resit dan semak penyata secara berkala.

3. Referral bukan jaminan.

Ramai orang terpedaya sebab ayat:

“Kawan aku guna dia.”

“Ramai usahawan guna dia.”

“Orang besar pun guna dia.”

Hakikatnya, ramai mangsa skim pelaburan dan scam kewangan pun masuk melalui referral kawan, saudara-mara dan kenalan yang mereka percayai.

Referral hanyalah titik permulaan untuk kita buat semakan sendiri, bukan alasan untuk berhenti membuat semakan.

Dalam dunia kewangan, percukaian dan pelaburan, kepercayaan itu penting.

Tetapi kepercayaan tanpa verifikasi adalah risiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *