Seorang klien mula engage dengan saya pada Disember 2018.
Ketika itu:
Gaji: RM 7,885 sebulan
Net worth: RM 345,000
Cashflow negatif
Pelaburan dan aset belum dioptimumkan
Perlindungan hayat, TPD, penyakit kritikal dan medical masih tidak mencukupi
Wasiat belum dibuat
Dana pendidikan anak-anak belum mencukupi
Perancangan Haji belum mencukupi
Sasaran persaraan masih jauh daripada apa yang diperlukan
Kalau tengok angka net worth RM 345,000 ketika itu, ramai mungkin akan kata keadaan kewangan beliau sudah agak baik.
Tetapi dalam perancangan kewangan, saya bukan sekadar melihat berapa banyak aset yang seseorang miliki.
Saya melihat sama ada aset tersebut mampu membantu mereka mencapai matlamat hidup yang penting.
Sebab seseorang boleh mempunyai aset ratusan ribu ringgit, tetapi masih mempunyai banyak jurang dari sudut perlindungan, pendidikan anak-anak, perancangan pusaka, ibadah dan persaraan.
Hari ini, pada April 2026, apabila memasuki tahun ke-8 kami bekerja bersama:
Gaji meningkat kepada RM 12,000 sebulan
Net worth meningkat kepada RM 997,000
Cashflow sudah positif dan terkawal
Portfolio pelaburan telah dioptimumkan mengikut matlamat
Perlindungan hayat, TPD, penyakit kritikal dan medical telah dilengkapkan
Wasiat telah disiapkan
Dana pendidikan anak-anak telah mencukupi
Perancangan Haji telah tercapai
Hampir semua matlamat kewangan utama telah diselesaikan
Kalau kita lihat angka semata-mata:
Gaji
RM 7,885 → RM 12,000
Kenaikan sebanyak RM 4,115 sebulan
Kenaikan sekitar 52%
Net Worth
RM 345,000 → RM 997,000
Pertambahan RM 652,000
Kenaikan sekitar 189%
Secara purata, net worth beliau bertambah hampir RM 89,000 setahun atau sekitar RM 7,400 sebulan sepanjang tempoh tersebut.
Apa yang menarik, gaji beliau meningkat sekitar 52%, tetapi net worth meningkat hampir 189%.
Ini menunjukkan pembinaan kekayaan bukan semata-mata disebabkan kenaikan gaji.
Ia datang daripada gabungan beberapa perkara:
Pengurusan cashflow yang lebih baik
Menyimpan sebahagian daripada kenaikan pendapatan
Pelaburan yang lebih tersusun
Pengurangan liabiliti
Keputusan kewangan yang lebih selari dengan matlamat hidup
Hari ini, hanya tinggal satu matlamat besar yang masih mempunyai jurang iaitu persaraan.
Berdasarkan sasaran untuk menghasilkan sekitar RM 10,000 sebulan dari umur 55 hingga 80 tahun, masih terdapat jurang kira-kira RM 500,000.
Tetapi angka itu perlu dilihat dalam konteks yang betul.
Beliau masih mempunyai lebih kurang 10 tahun lagi sebelum bersara.
Malah berdasarkan cadangan yang kami bincangkan dalam review tahun ini, jika tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan konsisten, jurang tersebut dijangka boleh dikurangkan kepada sekitar RM 300,000 sahaja.
Masih ada masa yang panjang untuk terus memperbaiki keadaan.
Sebab itu saya selalu beritahu klien, perancangan kewangan bukan tentang mencari produk terbaik atau pulangan tertinggi.
Ia adalah proses mengenal pasti jurang, menyusun keutamaan, dan mengambil tindakan yang konsisten selama bertahun-tahun.
Perkara yang paling saya suka tentang kisah ini bukanlah kerana net worth beliau hampir mencecah RM 1 juta.
Tetapi kerana pada tahun 2018, kami banyak berbincang tentang masalah yang perlu diselesaikan.
Hari ini, hampir semua perkara penting sudah berada di tempat yang sepatutnya.
Perbincangan kami sekarang bukan lagi tentang bagaimana hendak keluar daripada masalah kewangan.
Sebaliknya, bagaimana hendak menutup baki jurang persaraan yang masih ada dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Itu menunjukkan betapa besarnya perbezaan yang boleh berlaku apabila seseorang mula merancang lebih awal dan kekal konsisten dengan pelan yang telah disusun. Insya-Allah.
