Cik / Puan Orked share dekat media sosial yang dia officiall debt free pada umur 34 tahun. Hutang kereta dengan hutang kad kredit semua dah settle. Tapi dia takde rumah lagi.
Pertama sekali, tahniah di ucapkan sebab ramai orang masih dibelenggu hutang, jadi bila dah takde hutang ni perasaan dia lain kan.
Kedua, sekarang dah takde hutang, kalau takde keperluan, takyah buat hutang baru. Duit yang ada simpan / labur bulan2. Kalau nak beli apa2 gunalah simpanan yang dah ada tu.
Ketiga, sebab awak dah pergi share kejayaan awak dekat sosial media, kan dugaan dah datang? Shopee ni pun, orang tu baru jer nak bergembira sebab dah takde hutang, bagi lah dia ruang bernafas dulu. Lain kali PM tepi dekat app Shopee dia, mesti dia tak uninstall lagi, bagi lah voucher tahniah sebab dah berjaya settlekan hutang, jadi boleh reward diri dengan bershopping… Benda tu pun nak kena ajar ke… hahaha
Melawak kita letak tepi, saya harap Orked dapat teruskan istiqamah sebab setan2 yang nak mengasut untuk berhutang balik ni banyak. Ada yang memang jelas nampak, ada yang dia masuk secara halus.
Letakkan target dengan duit lebihan aliran tunai, apa yang nak capai di masa akan datang, contohnya
1. Beli rumah
2. Pergi Haji
3. Kahwin (kalau belum lagi)
4. Kos pendidikan anak
dan macam2 lagi. Dalam nak menyimpan dan melabur tu, jangan pula termakan dakyah suruh melabur dalam takatul mahupun scam. Kang sakit hati kerja kerja, duit ntah ke mana.
Akhir kata, tahniah lagi sekali diucapkan sebab berjaya jadi debt free dan moga2 boleh mencapai financial freedom di masa akan datang. Dan untuk yang lain yang membaca, saya doakan semua pun boleh mencapai status yang sama tak lama nanti.
