Ryzal Ibrahim ada reply dekat post dari sf_soff, berkaitan request dia nak minta financial advice. Dia ada share dia punya pencapaian dari segi kewangan (berani eh korang share duit korang ada berapa sekarang ni dekat media sosial macam tu jer)
Apa yang dia reply,
“Try this investment. Not many willing to do.
Transfer your cash to TH, get your hajj fulfilled. In front of Kaabah during Hajj, ask Allah to multiple your wealth in any possible and keep your faith stronger. Believe me, once you’re back home, there’ll be more than twice of your total savings now”
Aku punya komen pula pasal advice ni,
1. Nak pergi haji tak perlu transfer semua dalam TH pun. Transfer yang minimum untuk nak maintain kita punya queue tapi tiap2 tahun buat appeal. Sejak dua-tiga tahun kebelakangan ni, appeal lagi senang nak dapat sejak TH naikkan amaun yang kena bayar untuk golongan T20 dan M40. Kalau nak lagi cepat, kena pergi dekat pakej, lebih mahal dari pergi dgn TH tapi kebarangkalian lagi tinggi appeal nak lepas. Masa nak appeal tu, baru kena transfer duit masuk TH.
2. Jadi sementara tu, boleh jer biarkan duit tu luar TH, tapi janganlah tinggalkan cash macam tu jer. Masukkan lah dalam ASB ataupun TH macam Ryzal advice tu (kalau duit aku, aku masuk ASB – sebab kalau objektif nak gi haji dalam 2-3 tahun ni, aku takkan ambik risiko dengan duit tu untuk labur ke saham ke crypto ke gold atau apa2 pelaburan yang nilai dia boleh turun naik.
3. Matematik kewangan secara konvensional, duit yang keluar tu akan kurangkan kita punya kekayaan. Tapi dari segi perancangan kewangan Islam, duit yang keluar ke jalan Allah, Zakat ke Waqf ke Sedekah ke dan lain2 ni, insyaallah akan memurahkan lagi rezeki kita. Benda ni aku memang nampak live depan mata. Banyak dah klien aku yang murah hati dalam memberi ke jalan Allah ni, memang rezeki diaorang bertambah2, bukannya makin berkurangan.
4. Tapi janganlah ada niat untuk buat semua ni semata2 nak jadi kaya. Niat tu kena ikhlas. Percaya yang semua rezeki ni datang dari Allah. Gunakan aset yang ada untuk membantu semua yang memerlukan bantuan, dan insyaallah Allah akan permudahkan urusan seharian kita. Semua harta (atau Mal) dekat dunia ni memang milik Allah pun, kita ni cuma pemegang amanah.
Pada aku, nak murah rezeki,
1. Usaha cari rezeki yang berkat (kalau tak berkat tak lekat). Jangan ambil mudah masa kita bekerja dekat pejabat. Jangan menipu dalam usaha mencari rezeki.
2. Bayar zakat kalau dah layak. Jangan cuba menipu Allah dengan bayar zakat lebih untuk kurangkan cukai, lepas tu bila dapat wakalah, guna duit tu untuk kegunaan kita sendiri sebab kita cakap yang wajib dah lepas. Niat ko masa bayar tu, ko niatkan zakat kan? Percayalah yang kalau bayar zakat lebih tu, Allah akan murahkan lagi rezeki nanti.
3. Jangan berkira dengan keluarga. Selagi kita mampu (bukan sampai berhutang keliling pinggang), tunaikan lah permintaan diaorang.
4. Tolonglah orang disekeliling kita yang memerlukan bantuan. Tak kisahlah dengan duit, harta benda ataupun masa. Jangan berkira kalau mampu.
Ni antara benda2 yang aku personally ambil berat, dan Alhamdulillah, setakat ni, rezeki yang Allah bagi dekat aku dan keluarga aku lebih dari cukup dan ini menguatkan lagi aku punya kepercayaan aku pasal konsep rezeki ni.
