Setiap parents ada cara tersendiri nak besarkan anak-anak dia. Aku tak nak masuk campur sangat… asalkan budak tu besar nanti jadi manusia, cukuplah. ![]()
Tapi sebagai seorang financial planner, kerja aku memang ajar orang pasal financial literacy. Takkan anak-anak sendiri aku tak buat? Kalau tak, pelik bin ajaib jugaklah kan. ![]()
Masa diaorang kecil, duit raya memang aku simpan terus dalam akaun ASB diaorang. Masa tu diaorang tak reti pun konsep duit. Tak tahu pun berapa banyak dapat.
Bila masuk sekolah rendah, baru diaorang start faham yang duit tu ada nilai. Sebab dah mula dapat duit sekolah. Masa tu baru diaorang nampak:
duit boleh beli makanan
duit boleh beli barang
dan setiap benda ada harga
Tapi masa tu diaorang belum faham lagi satu benda penting, iaitu duit tu ada batas. Sebab apa saja benda lain yang diaorang nak, aku yang belikan.
Jadi dalam kepala budak-budak, duit tu macam datang secara magik je. ![]()
Dekat situlah aku mula explain:
Kalau nak duit, kena usaha.
Orang kerja, baru dapat duit.
Lepas tu baru boleh beli barang.
Lepas tu aku mula ajar pasal bajet. Tapi bukan bajet versi orang dewasa. Aku ajar cara paling mudah iaitu
bajet masa pergi jalan-jalan.
Sebelum nak gi bercuti, aku akan cakap:
“Nak tukar berapa RM untuk belanja?”
Aku akan cakap duit tu “ambil” dari duit raya diaorang.
(Sebenarnya tak ambil pun sampai sekarang
)
Tapi point dia bukan pasal ambil duit. Point dia nak bagi diaorang faham:
kalau nak belanja, kena simpan dulu. Delayed gratification.
Si abang memang jenis boleh simpan.
Si adik pula… duit sekolah selalu habis. ![]()
Jadi bila pergi jalan-jalan, si abang selalu ada bajet lebih. Bila si adik nampak abang dia boleh belanja lebih, dia pun mula belajar simpan sikit-sikit duit sekolah dia.
Bukan sebab lecture panjang. Tapi sebab dia nampak sendiri akibat keputusan dia. Itu lagi powerful.
Masa jalan-jalan pula, aku tak control sangat cara diaorang belanja. Kalau trip seminggu, hari pertama diaorang nak spend banyak sangat? Silakan. ![]()
Hari-hari seterusnya, pandai-pandailah catu duit sendiri. Lepas sekali dua kena, terus faham dah.
Terus nampak sendiri kenapa bajet tu penting.
Sekarang pun dah upgrade. Dulu bagi duit sekolah hari-hari. Sekarang bagi mingguan. Pandai-pandailah urus sendiri. Kalau tak cukup, diaorang pun dah segan nak minta tambah.
Balik semula pasal duit raya…
Sekarang bila raya, sebab diaorang dah faham nilai duit, diaorang sendiri akan decide:
berapa nak simpan
berapa nak belanja
Lepas decide, diaorang akan bagitahu aku dan pass duit yang diaorang nak aku simpan. Bagi aku, itu dah satu progress besar. Sebab financial literacy untuk anak-anak bukan start dengan ajar “pelaburan”.
Ia start dengan benda yang paling basic:
faham duit ada nilai
faham duit ada limit
faham kalau nak belanja, kena rancang dan faham setiap keputusan ada akibat.
Next level nanti?
Tunggu diaorang start kerja pula. ![]()
Masa tu baru boleh ajar:
urus pendapatan bulanan
simpan untuk matlamat jangka panjang
elak lifestyle inflation
dan bezakan “nak” dengan “perlu”
Tak lama dah pun tu.
Financial literacy ni bukan kena tunggu anak besar baru nak mula. Boleh start bila diaorang mula faham nilai RM1.
Tak perlu sempurna.
Tak perlu modul fancy.
Kadang-kadang, cukup dengan:
duit sekolah
duit raya
dan pengalaman kena catu duit masa holiday ![]()
Itu pun dah lebih bermakna dari teori semata-mata.
