rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Berpura-pura bahawa duit tak ada kaitan dengan kesihatan mental sebenarnya privilege orang yang berduit

Banyak masalah mental sebenarnya akan berkurang bila bil dah bayar, peti sejuk ada makanan, dan kita tak perlu risau pasal duit untuk hidup bulan ni.

Peace of mind itu mahal.

Bila seseorang sentiasa risau:

– cukup tak duit nak bayar sewa

– cukup tak duit nak beli barang dapur

– cukup tak duit nak survive sampai gaji bulan depan

Otak sentiasa berada dalam mode survival. Susah nak tenang bila tekanan asas macam ni sentiasa ada.

Dalam bidang Behavioral Economics dan Psychology, perkara ini sebenarnya dah lama dibincangkan.

Ada beberapa realiti penting:

1. Tekanan kewangan sering menjadi punca tekanan mental

Apabila seseorang hidup dengan ketidakpastian kewangan, contohnya banyak hutang, bil, pendapatan tak stabil, tahap stress kita akan meningkat secara berterusan.

Banyak kajian dalam Public Health menunjukkan bahawa ketidakstabilan kewangan berkait rapat dengan kebimbangan dan kemurungan.

2. Duit mungkin tak beli kebahagiaan, tetapi ia beli kestabilan

Kajian oleh Daniel Kahneman dan Angus Deaton mendapati bahawa peningkatan pendapatan memang meningkatkan kesejahteraan emosi — sekurang-kurangnya sehingga keperluan asas hidup dipenuhi.

Maksudnya mudah:

Selagi seseorang masih bergelut untuk perkara asas, tambahan pendapatan memang memberi kesan besar kepada kesejahteraan hidup.

3. Kekurangan duit juga mencipta “mental load”

Ahli ekonomi Sendhil Mullainathan menerangkan konsep scarcity mindset. Apabila seseorang sentiasa kekurangan wang, banyak tenaga mental habis hanya untuk fikir macam mana nak survive, benda ni aman memberi kesan sampai keputusan lain dalam hidup pun terjejas.

Tapi pada masa yang sama, kita juga kena jujur tentang satu perkara.

Duit bukan ubat kepada semua masalah.

Ada orang yang:

– kaya tetapi kesunyian

– berjaya tetapi burnout

– stabil kewangan tetapi ada trauma atau konflik hubungan

Jadi realitinya mungkin begini:

Duit tidak menjamin kebahagiaan. Tetapi kekurangan duit hampir pasti menambah penderitaan. Sebab itu kadang-kadang kita kena jujur dengan realiti.

Berpura-pura bahawa duit tak ada kaitan dengan kesihatan mental… sebenarnya satu bentuk privilege.

Biasanya yang boleh cakap macam tu ialah orang yang tak pernah risau sama ada dia mampu bayar bil bulan ni atau tidak.

Duit mungkin bukan segala-galanya. Tapi bila kewangan stabil, sekurang-kurangnya kita ada ruang untuk bernafas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *