rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Kalau mati pun kena bayar cukai ke?”

Sejak sehari dua ni, aku nampak satu headline dari Berita Harian lalu-lalang dekat wall. Ramai yang confuse, siap panik

Betul ke, waris kena bayar cukai tertunggak LHDN bagi pihak si mati?

Jawapan ringkasnya: bergantung kepada situasi. Mari kita tengok senario sebenar, bukan sekadar tajuk berita.

Tapi sebelum nak tahu ada hutang ke tak, kena buat langkah2 ni selepas kematian

1️⃣ Maklumkan Kematian kepada LHDN

2️⃣ Hantar Borang Cukai Terakhir Si Mati (BE / M)

3️⃣ Sahkan & Selesaikan Status Cukai Tertunggak

4️⃣ Minta Pengesahan Fail Cukai Ditutup

Kalau ada status cukai tertunggak baru, baca senario2 yang berikut.

Senario 1 – Si Mati ada tinggalkan aset

LHDN boleh claim dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

Contoh,

Harta Pusaka – RM 500,000

Cukai Tertunggak – RM 50,000

LHDN boleh claim RM 50,000 dari estet si mati. Baki kalau takde hutang2 lain boleh dibahagikan kepada waris (aku specifically tak cakap pasal faraid sebab benda ni tergunapakai untuk semua orang)

Senario 2 – Si Mati tinggalkan aset, tapi tak cukup untuk bayar hutang tertunggak

Harta Pusaka – RM 25,000

Cukai Tertunggak – RM 50,000

LHDN boleh claim sampai RM 25,000 jer. Lepas tu, waris2 tak perlu settlekan balance yang tertunggak.

Senario 3 – Si Mati tak tinggalkan apa2 aset

Dalam kes ni, LHDN tak boleh claim apa2 dari waris2 pun.

Ketiga-tiga senario ni buat ‘assumption’ yang si mati takde hutang2 lain ie Zakat, Fidyah, Dam, Badal Haji (untuk yang belum menunaikan haji), atau hutang dengan mana2 institusi kewangan / hutang peribadi, kecuali cukai tertunggak dengan LHDN sahaja.

Dalam 6 bulan kebelakangan ni, aku sendiri terlibat bantu dua keluarga uruskan harta pusaka arwah suami.

Memang nampak jelas, bukan semua orang faham proses sebenar, dan tajuk berita kadang-kadang buat keadaan lebih mengelirukan.

Post lain nanti, aku akan kongsikan step-by-step tataurus pengurusan harta pusaka, supaya waris tak tersilap langkah dan tak terbeban secara emosi atau kewangan.

Kalau rasa post ni bermanfaat, save & share — mungkin boleh tenangkan orang lain yang tengah risau juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *