Pagi ni, aku buat aktiviti tahunan – kena renew International Drivers Permit (IDP)
Kalau dulu, nak drive dekat luar negara, banyak negara terima jer lesen memandu kita. Tapi sejak 5-6 tahun yang lepas, banyak tempat sewa kereta luar negara minta IDP. Kalau takde IDP takleh sewa kereta.
IDP ni nak apply tak susah. Cuma renyah.
Macam mana nak apply?
1. Sediakan fotokopi IC depan belakang
2. Bawak IC dengan Lesen Memandu yang valid
3. Bawak gambar ukuran passport
Takde apa2 borang pun kena isi. Cuma kena datang JPJ untuk buat, macam xde servis online lagi.
Dan ya, kena bayar RM 150 setahun untuk nak renew, dan hanya boleh apply untuk setahun sekali korang apply.
Macam tahun lepas, aku sewa kereta 3 kali masa bercuti, kita setiap kali guna untuk kos lesen adalah RM 50. Maksudnya lagi banyak kali korang pakai, lagi berbaloi untuk apply IDP ni.
Tapi kalau korang xde plan nak sewa kereta bila gi jalan2, takyah lah sibuk nak apply IDP ni, bazir duit jer nanti.
Untuk aku dengan keluarga, ambik IDP ni membolehkan kitaorang
1. Jimatkan kos pengangkutan bila travel. Sebab ada 4 orang. Macam dekat Jepun, naik flight ke naik shinkansen mahal, sebab per person harga dia. Bila sewa kereta, boleh kurangkan kos dengan banyak
, walaupun kira kos minyak, parking dan tolll.
2. Boleh jimatkan kos tempat tinggal. Sebab bila ada kereta, kita tak terikat dengan tempat tinggal dekat stesen yang confirm mahal. Boleh gi luar bandar sikit untuk duduk, yang kos dia selalunya lagi murah.
3. Boleh pergi lagi banyak tempat dan tak terikat dengan jadual public transport. Kalau suka satu tempat tu boleh stay lama sikit, kalau tak suka, boleh terus gerak pergi tempat seterusnya.
Tapi nak bawak kereta dekat negara orang ni kena ambik tahu diaorang punya undang2. Jangan assume sama je macam dekat Malaysia.
Aku pernah kena bawak kereta dekat Australia. Park tepi jalan sebab nak pergi Nike punya outlet. Masa nak park, aku tanya orang boleh park, orang tu cakap boleh.
Habis shopping, tengok ada tiket saman parking. Bengang lah. Esoknya pergi pejabat untuk nak minta cancelkan. Tapi kerani tu cakap tak boleh. Salah kitaorang sebab tak faham undang2 jalan dekat sana.
Masa aku tanya pasal parking tu, memang boleh. Tapi parking tu valid sampai spesifik masa. Lepas masa tu, takleh park dekat situ dah kena pergi tempat lain.
Tak pasal2 kitaorg kena saman AUD 120.
Lagi satu benda kalau nak bawak kereta overseas, aku nasihat ambik insurance coverage penuh. Aku dah tiga kali pernah accident/ kereta rosak masa travel.
Satu dekat US, accident, takde insurance. Kereta total lost. Kena bayar full value of the car, bahagi lah tiga orang. Sorang kena tanggung dalam USD 5k.
Dua kali lagi dkt NZ. Bukan accident dekat jalan raya, tapi isu parking sebab bawak campervan besar. Tapi dua2 aku tak keluar duit tambahan sebab aku ambil insurance penuh. Tenang sikit fikiran.
Nota tambahan, kenapa aku sebut insurance, sebab dekat overseas tak semua tempat ada takaful punya coverage untuk nak sewa kereta lagi.
Ni antara tips2 pasal nak driving luar negara untuk siapa2 yang berminat nak tahu.
