Aku rasa soalan ni menarik. Ni spesifik untuk guru kalau ikut post asal, tapi aku nak kupas lebih lagi secara amnya dari beberapa perspektif kenapa gaji tinggi tak semestinya bagi orang terus bermotivasi untuk kerja.
Aku pernah share banyak kali yang ramai klien aku memang ada matlamat nak capai kebebasan kewangan awal. Kalau boleh nak umur 40. Bila kita tanya kenapa, sebab dah taknak kerja. Sebab dia tak suka kerja. Tak ramai yang bila kita bincang pasal topik ni, diaorang cakap, aku suka benda yang aku buat sekarang dan kalau boleh nak kerja selagi mana boleh.
Tak kisah lah dapat gaji berapa pun, kerja company besar ke kecik, dalam ke luar negara. Ramai orang dekat luar sana nampak sebab dia kerja adalah untuk kumpul duit / aset supaya dia boleh berhenti kerja dengan cepat dan hidup selesa lepas tu.
Aku sendiri pun dari start kerja tahun 2004, tukar kerja banyak kali walaupun gaji selesa jer.
2007 Berhenti dari TNB sebab banyak kali minta transfer dari jabatan yang diaorang assign tak dapat2 walaupun dari asal tak nak masuk jabatan tu pun.
Tengah 2009 Berhenti dari PwC sebab janji tidak dikotakan oleh Director. Dia siap cakap dia tak pernah janji pun.
Awal 2010 Berhenti dari E&Y sebab skop kerja yang di agree masa accept kerja dengan skop kerja yang kena buat tak sama
Akhir 2010 Berhenti kerja dekat Oman sebab nak balik Malaysia sebab family tak ikut
Akhir 2014 Berhenti dari TalentCorp sebab nak kerja sendiri / start bisnes.
Sebab2 berhenti semua bukan sebab gaji tak ok. Aku ada jer lebihan yang boleh di simpan.
Sebab tu aku advice ramai klien, bila nak kerja ni jangan fokus dekat gaji, kalau dapat gaji tinggi, tapi tempat kerja toxic, stress pergi kerja tiap2 hari ni. Fokus kepada buat benda yang bagi kita ada ketenangan hidup. Ataupun yang bagi kita kepuasan.
Sebab tu lepas 2014 sampai sekarang, aku seronok jer buat kerja yang aku buat sekarang. Takde apa2 plan nak berhenti, dan nak terus kerja selagi mana ada orang yang perlukan khidmat nasihat dari aku.
Jadi aku faham sangat2 kenapa gaji yang tinggi tak menjanjikan kesetiaan mana2 pekerja kepada majikan dia. Banyak lagi faktor2 lain yang perlu diambil kira untuk tingkatkan kesetiaan dan motivasi pekerja kepada syarikat. Tapi jangan lah pulak ambik kesempatan untuk bagi gaji bawah tahap keperluan untuk pekerja teruskan hidup diaorang.
