rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Aku takkan terima lelaki gaji RM 3,000 naik kereta Bezza sebab dah nampak masa depan aku macam mana!

To be honest, memang tak salah pun apa yang Ms Dhia tu cakap. Itu hak dia. Kalau dia nak cari pasangan yang boleh bagi dia keselesaan itu terpulang kepada dia. Kalau dah rezeki dengan jodoh dia insyaallah tak ke mana.

Hanya, nak cakap yang sebab orang tu gaji RM 3,000 sekarang dan bawak Bezza menyebabkan kita rasa dia takde masa depan tu, untuk aku kurang tepat lah.

Kalau orang tu baru setahun dua kerja, tapi gaji dah RM 3,000 sebulan dan dia dah beli kereta Bezza, aku rasa orang tu kemungkinan besar ada masa depan yang cerah. Dalam 5-7 tahun, gaji dia mungkin dah naik sampai RM 5-6k sebulan, lagi2 kalau setiap 2-3 tahun dia tukar tempat kerja, tambah pengalaman, build up skills dia. Aku rasa projection in logik jer.

Sebenarnya terasa juga sikit, sebab masa kahwin dulu gaji RM 2.3k jer, lepas tu bawak Kelisa. Nasib baik isteri aku ok jer nak kahwin dengan aku.

Adakah aku takde masa depan sebab masa nak kahwin tu gaji RM 2.3k dan ada Kelisa jer?

Dari 2005-2014, gaji aku naik dari RM 2.3k jadi RM 25k. Dari Executive jadi General Manager.

2015, aku stop kerja makan gaji, lepas tu kerja sendiri 18 bulan sebelum buka firm perancang kewangan. Skrg 2026, aku ada 23 staff dan 43 financial planner yang bernaung dekat firm aku.

So adakah sebab aku gaji RM 2.3k masa sebelum kahwin dan bawak Kelisa aku takde masa depan?

Untuk orang2 yang baru start kerjaya, takyah lah nak judge sangat masa depan diaorang. Diaorang baru nak start kot. Tengok visi diaorang, dan usaha yang diaorang buat untuk membina masa depan yang lagi bagus berbanding apa yang diaorang ada sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *