rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila murah sebenarnya tak murah

Salah satu advantage bila AirAsia ada, adalah lagi ramai orang boleh naik flight sebab dapat tambang murah. Benda tu tak dapat dinafikan

Tapi ramai juga yang tak sedar, yang sebenarnya, dia tak compare betul2 apa yang dia bayar dengan apa yang dia dapat.

Aku dengan family selalu travel. Macam2 airline dah kitaorang naik. Full service, budget airline. Dan sebab tu, kitaorang sedar, kalau nak naik budget airlines kena baca terms and conditions diaorang betul2.

Ada sekali tu masa bak naik flight dari London ke Berlin, tengok tiket paling murah naik Ryan Air, dan kitaorang memang beli luggage sebab budget airline punya carry on luggage lagi kecik dari apa yang kita biasa bawak dekat sini. Tapi sebab tak clear instructions dia, dan aku pun tak betul2 faham, aku ambik luggage based on KG, bukan based on number of check in luggage.

Bila nak check in, takleh. Dan sebab buat masa tu, kena bayar kos yang mahal.

Sama juga dengan nak sewa Airbnb. Kadang2 orang teruja tengok harga yang dipaparkan murah. Tapi kena tengok semua kos2 yang lain mcm cleaning lah, elektrik lah dan macam2 lagi yang hos boleh caj.

Ni pun pernah terkena sekali dkt Phuket. Duduk Airbnb, harga mmg berpatutan lah. Masa nak checkout, dia datang baca meter elektrik, bila keluar final bill, bil elektrik dia sekali ganda harga sewa bilik. Terbeliak mata sekejap.

Balik kepada tiket AirAsia tadi. Kalau korang memang travel light, tak kisah pasal makanan, in flight entertainment, ataupun pilih seat (dan dapat bantal/blanket for long distance), memang murah. Tapi once korang start tambah semua benda tu, berdasarkan pengalaman peribadi, kos dia akan jadi lagi mahal dari full service airlines kadang2.

Jadilah pengguna yang bijak dan buat research betul2 sebelum finalize korang punya keputusan nak beli apa2 pun.

P/S: Take note, skrg mmg AirAsia timbang semua carry on ye masa nak check in. Bukan sahaja carry on korang, dia timbang backpack, handbag, dan apa2 saja yang korang bawak. So takyah lah nak buat terkejut pulak bila kena sebab dia mmg dah cakap total weight utk carry on luggage tu 7kg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *