rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Gaji bulan-bulan habis bayar hutang saja

Ada seorang isteri share dkt KRT yang keluarga dia mengalami masalah kewangan yang serius.Tiap2 bulan gaji dia dan suami habis bayar hutang jer. Lepas tolak semua, gaji bersih dia tinggal RM 400, suami tinggal RM 150.

Rumah sendiri takde lagi, tapi ada dua biji kereta Proton X70 dengan Perodua Bezza. Anak dah ada tiga orang.

Sebab dia tak share gaji dia, kita guna ChatGPT untuk anggarkan.

Untuk si suami, ChatGPT cakap

Gaji – RM 2,500

Elaun – RM 1,500

Jumlah – RM 4,000

Untuk si isteri,

Gaji – RM 2,600

Elaun – RM 900

Jumlah – RM 3,500

Sebab dua2 kerja kerajaan kita buat assumption tak potong EPF.

Untuk financing kereta pula, kita assume dia ambik 9 tahun

Proton X70 – bayar dalam RM 1,100 sebulan

Perodua Bezza – bayar dalam RM 450 sebulan

Sebab dia cakap duit dia habis bayar hutang bulan2, kita assume dia dah ambik 60% DSR dari pendapatan bulanan.

Maksudnya,

Si suami bayar RM 2,400 sebulan untuk hutang

Si isteri bayar RM 2,100 sebulan untuk hutang.

Kalau tolak hutang kereta,

Si suami bayar hutang kad kredit / pembiayaan peribadi dalam RM 1,300 sebulan

Si isteri bayar hutang kad kredit / pembiayaan peribadi dalam RM 850 sebulan

Tapi, dia cakap baki gaji dia RM 400 dan baki gaji suami tinggal RM 150 sebelum beli belanja dan keperluan anak2.

Part ni, boleh jadi dua benda yang logik,

1. Dia dan suamj ada hutang yang tak keluar CCRIS, selalunya hutang koperasi.

2. Dia dah siap2 tolak sewa rumah (tapi ada kemungkinan duduk rumah kerajaan)

Saya lebih berat kepada no 1 berdasarkan apa yang dia cuba ceritakan.

Kalau kita ambik situasi 1, maksudnya

Si suami bayar hutang kad kredit / pembiayaan peribadi RM 2,750 sebulan

Si isteri bayar hutang kad kredit / pembiayaan peribadi dalam RM 2,650 sebulan

Si isteri mohon pendapat macam mana nak atasi masalah kewangan ni.

1. Jangka pendek, pergi jumpa pusat Zakat berdekatan dan explain situasi sekarang. Si suami yang kena pergi Pergi sama2 lagi bagus. Tengok apa yang pusat Zakat boleh bantu untuk jangkamasa pendak ni

2. Pergi AKPK secepat mungkin. Jangan risau AKPK ni percuma. Diaorang akan kumpul semua maklumat hutang dan akan berbincang dengan bank dan institusi kewangan yang keluar dekat CCRIS tu untuk kurangkan beban bayaran bulanan. Tapi hutang koperasi yang bukan dalam CCRIS kena pergi nego sendiri.

3. Kena cermin diri sendiri. Kalau kena jual kereta, pergi jual Proton x70 tu. Sebab kalau ikut guideline tak mampu pun nak beli dan maintain. Hanya ada isu kalau kena top up sebab nak jual kereta tu.

4. Tukar mindset. Suami takleh nak layankan anak2 punya kehendak. Ni ajar benda yang tak betul dekat anak2. Semua benda yang nak kita bagi, lepas tu isteri pening kepala, mengadu dekat media sosial pasal masalah kewangan keluarga. Kalau takde duit, kena buat cara takde duit. Bukannya hidup macam orang yang banyak duit.

5. Cari side income. Cikgu kan? Mengajar dekat tuisyen ker petang / malam untuk pendapatan tambahan.

Insyaallah kalau buat langkah2 dekat atas ni, kewangan keluarga akan pulih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *