rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Golongan-golongan yang tak nak kaya

Sebagai seorang perancang kewangan berlesen, aku dah nampak macam2 jenis orang, dan macam2 jenis perangai dan masalah dalam menguruskan kewangan masing2.

Jadi, aku nak rumuskan jenis2 orang yang memang tak nak jadi kaya

Satu, yang asyik nak cari jalan short cut untuk nak kaya. Taknak jalan yang selamat dan dah terbukti, nak juga masuk skim cepat kaya ntah apa2 ntah. Tak pun beli nombor ekor dengan harapan nak menang.

Dua, orang yang tamak. Dah ada duit dah, penat2 dia kumpul, tapi dia masih rasa tak cukup. Dia sanggup ambil risiko yang tak sepatutnya. Dia masih percaya dengan kata2 orang yang boleh duduk goyang kaki tapi dapat return tinggi. Last2 duit yang ada lebur, lepas tu meratap lah sorang2 tak tau nak buat apa.

Tiga, orang yang ada kemampuan, tapi masih belanja lebih dari kemampuan. Berhutang sana sini. Tunggu bonus untuk bayar hutang kad kredit. Pembiayaan peribadi berderet sebab buat overlap. Yang penting, orang sekeliling rasa kita ni kaya, kaya pada realiti tak penting.

Empat, orang yang takde kemampuan, gaji / pendapatan dia tak besar. Tapi dia tak fokus macam mana nak tambahkan pendapatan. Tak cari skill baru untuk tingkatkan nilai diri dia. Tapi boleh habiskan masa dekat media sosial komplen sana komplen sini.

Lima, orang yang banyak buat research, baca sana sini, mintak nasihat, tapi tak ambil2 tindakan pun. Bertahun2 cakap nak buat bajet, nak simpan duit bulan2, nak labur, nak uruskan cukai. Tapi akhirnya janji tinggal janji. Azam setiap tahun terkubur begitu sahaja.

Enam, orang2 yang ada gabungan mana2 jenis manusia satu hingga lima tadi. Nak short cut jer, tamak, tak reti kawal perbelanjaan, asyik komplen jer kerja dan tak reti2 nak buat keputusan (berkaitan benda yang betul).

So, korang golongan yang mana? Harap2 bukan lah mana2 yang aku senaraikan dekat atas ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *