Ramai orang bersorak bila tengok ASB umumkan pengagihan 5.75% untuk tahun ni. Lagi2 lah kalau campur dengan pengumuman beberapa bulan lepas pasal cara nak kira zakat ASB dah di tukar menjadi berdasarkan pengagihan bukannya berdasarkan baki minimum.
Apa yang saya akan nampak yang akan terjadi lepas ni?
Satu, makin ramai ejen / banker akan start menjual secara agresif ASBF-i. Macam2 jurus akan keluar. Klien pun makin ramai akan tanya pasal benda ni, sebab diaorang pun terbaca atau di approach pasal benda ni.
Jawapan aku bila klien tanya pasal ni. Yes, ASBF-i memang boleh bagi dapat lebih berbanding dengan simpan bulan2, untuk jangkamasa panjang. Tapi benda ni bergantung kepada dua benda, pengagihan ASB konsisten tinggi, dan ko tak sentuh duit dalam akaun ASB ko lepas pengagihan diumumkan iaitu biarkan dia beranak.
Kalau tak, ko cuma bayar bank extra untuk ada force savings di mana ada banyak jer cara lain yang boleh digunapakai yang lagi menguntungkan.
Boleh jer labur saham, ETF, Unit trust di tempat2 yang betul ataupun beli emas, pulangan dia lagi tinggi untuk jangkamasa yang panjang.
Kedua, ye, pengagihan ASB naik tahun ni. Insyaallah EPF pun akan best juga pulangan dia nanti. Hanya, jangan harap pengagihan ni akan terus naik atau maintain macam ni setiap tahun. Baru jer naik 5.75% balik, terus buat unjuran 30 tahun akan datang yang akan dapat amaun yang sama setiap tahun.
Kalaulah dia maintain 5.75% setahun sekali pun untuk 30 tahun yang akan datang, ko punya kuasa membeli akan turun dalam 3-4% setahun. So benda yang boleh dapat dengan jumlah yang sama akan makin menurun.
Ketiga, akan nampak orang bawak keluar duit dari TH dengan AHB sebab kalau ASB boleh bagi 5.75% dan zakat atas pengagihan berbanding dengan TH dalam 3% dah siap zakat ataupun AHB 2.5% setiap 6 bulan, siap zakat lepas tu takde compounding, ramai yang akan masukkan duit dalam ASB.
Ye lah, ASB boleh keluar masuk, pengagihan tolak zakat dia dah lebih dari TH, dan ada compounding tak macam AHB.
Aku tak cakap benda ni salah, tapi jangan buat keputusan terburu2 semata2 kerana satu pengumuman. Tu jer nak bagitau. Setiap instrumen ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Tu jer nak share. Terpulang korang nak buat apa dengan duit korang sendiri. Untuk klien aku, setiap orang yang tanya akan dapat jawapan yang berbeza sebab keadaan kewangan diaorang masing2 berbeza. Takde satu jawapan yang boleh pakai untuk semua orang pada masa yang sama. Kalau yang baca ni faham, bagus lah. Kalau tak faham, boleh tanya. Kalau tak nak faham2, boleh gi main jauh2.
